Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 4, 2023 @ 4:48pm

[VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa mengakui tertarik dengan suaminya, Aliff Awang bukan kerana kemewahan semata-mata.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, aktres filem Tentang Bulan itu menjawab persoalan suaminya selepas dikritik oleh individu.

“Jahanam betullah. Ada seorang mamat ni dia cakap Fatin Afeefa kahwin dengan Opai sebab naik kereta mahal je. Korang cabar Opai kan, kita tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa.

“Betul ke awak kahwin dengan saya sebab saya naik McLaren je?,” soal Opai.

Ujar ibu kepada dua anak itu, suami tercintanya itu bukan lelaki kaya pertama yang cuba mendekatinya.

“B, saya nak awak tahu satu benda awak bukan lelaki kaya pertama yang approach saya. Tapi awak adalah yang paling handsome.

“Saya kahwin dengan awak sebab awak handsome, comel. Saya pejam mata pun saya boleh rasa ketampanan awak. Kaya tu nombor dua,” katanya lagi.

Fatin dan Aliff berkahwin pada 30 Disember lalu.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shaz pada 21 Disember 2013 namun, mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Arrasophia, tujuh tahun.

Melalui perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Tue, 17 Dec 2024
Featured Tue, 13 Aug 2024

“Saya Rasa Seperti Dilahirkan Semula” – Puteri Zarith Sah Cerai Talak Satu

Nampaknya proses cerai Puteri zarith dan suami telahpun selesai. Doa baik-baik😎✌️

Hiburan Sun, 18 May 2025

Prihatin Kebajikan Haiwan, SAYS Lancar Kempen ‘Furever Friends’

Furever Friends merupakan kempen untuk membina masyarakat Malaysia yang lebih penyayang dan prihatin terhadap haiwan, baik yang dipelihara mahupun yang terbiar.

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Sun, 9 Feb 2025
error: Content is protected !!