Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 14, 2023 @ 9:00pm

Didakwa Sudah Bernikah Dengan Pelakon Utama Filem Arahannya, AR Badul Tampil Perjelas – “Saya Sudah 73 Tahun…”

Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul tampil memperjelas mengenai dakwaan dia sudah berkahwin dengan pelakon Annie Arifin, 35, seperti yang kecoh di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Badul, atau nama sebenar, Armaya Aman Ramlie, 73, dia menafikan dakwaan tersebut dan mengakui dunia sekarang banyak fitnah yang dilemparkan tanpa usul periksa.

“Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini, ada juga dakwaan yang mengatakan Annie adalah anak saya? Tak tahu lah, mungkin mereka sengaja nak war-warkan.

“Mungkin dia boleh cari yang lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini.(wujud fitnah).

“Bila ada peluang untuk menjelaskan kepada pihak media, saya akan menjawab khabar angin seperti itu. Kalau tiada peluang, cerita seperti itu akan berlarutan seperti itu,” jelasnya ketika ditemui XTRA pada malam gala tayangan filem sentuhan terbaharunya berjudul Vik2toria Secret yang berlangsung di pawagam TGV KLCC, semalam.

Mengulas mengenai dakwaan sering dikaitkan dengan wanita muda pula, Badul memaklumkan dia terima dakwaan tersebut dan sedar dengan keadaan dirinya kini.

“Saya sudah 73 tahun takkan lah tidak sedar diri lagi. Bukan lah saya kata saya baik.

“Saya tak kesal pun, selagi saya masih bergelar selebriti, kita kena terima sahaja.

“Zaman muda dulu, saya kacak dan orang memang sering kaitkan dengan ramai wanita.

“Kalau sekarang pun masih ada, saya cuma anggap, alah bisa tegal biasa,” jelasnya.

Disoal ada pula yang mendakwa dirinya terdapat ilmu untuk memikat wanita, Badul berkongsi ia hanya lah cuma berbaik hati dengan semua orang.

“Ada pula yang kata saya gunakan ilmu? Rahsianya ialah kita baik hati dengan orang. Nak cuba berkawan dengan mana-mana wanita boleh, kalau dia tidak layan, janganlah susahkan diri,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Tue, 23 May 2023
Trending Wed, 23 Jun 2021
Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 1 Oct 2025

“Senang Cakap Kalau Nak Tolong Orang, Tak Payah Nak Rekod.. Orang Miskin Pun Ada Maruah”- Aaron Aziz

Jelasnya, amalan bersedekah itu lebih bermakna jika dilakukan secara ikhlas tanpa perlu ditunjukkan kepada umum.

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Featured Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!