Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 23, 2024 @ 6:29pm

Terbang Ke Korea, Siti Saleha Sertai Seoul International Drama Awards 2024!

Pelakon wanita popular, Siti Saleha tercalon dan kini berada di kedudukan teratas dalam undian bagi kategori Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA), hasil daripada sokongan kuat peminat di seluruh Asia.

Lakonan mantapnya dalam Tonton Original, SeOfis, telah memikat hati penonton, menjadikannya calon pilihan utama dalam anugerah ini. Majlis penganugerahan yang dinantikan ini akan berlangsung pada 25 September 2024 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.

Menurut Siti Saleha, dia rasa sangat terkejut dan bersyukur dengan pencalonan ini.

“Saya benar-benar tidak menyangka akan dicalonkan untuk anugerah berprestij ini, apatah lagi untuk kategori yang sangat besar seperti Outstanding Asian Star. Ini adalah pengiktirafan yang sangat bermakna buat diri saya.

“Saya berasa amat bertuah menerima sokongan yang begitu luar biasa dari peminat di seluruh Asia. Saya harap pencalonan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya serta rakan-rakan artis di Malaysia meneroka pasaran antarabangsa,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Seoul International Drama Awards berperanan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia.

Bagi tujuan menghargai pelakon yang menyerlah dalam industri drama sepanjang tahun lalu, Trofi Outstanding Asian Star akan ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini akan menampilkan tujuh pemenang daripada 6 negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, dengan tempoh undian berlangsung dari 15 Jun 2024 hingga 14 Julai 2024.

Menurut Siti Saleha, pencalonan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan untuk dirinya, tetapi juga buat industri seni tanah air.

“Semua anak seni tanah air pastinya mengimpikan kemenangan di pentas antarabangsa tambahan berkongsi pentas yang sama bersama artis antarabangsa yang lain. Ini merupakan satu perkara yang besar dan membanggakan kerana kita bukan sekadar mewakili negara.

“Tapi, ia juga satu merupakan satu peluang untuk membuktikan bahawa bakat-bakat di Malaysia ini boleh mengembangkan sayap mereka di peringkat antarabangsa. Menerusi anugerah ini juga, ia akan menjadi satu titik permulaan bagi sesuatu yang lebih hebat,” katanya lagi.

Kali terakhir Malaysia meraih kemenangan dalam kategori ini adalah pada tahun 2017. Pencalonan Siti Saleha dalam kategori ini membawa harapan besar negara dengan keunggulannya di peringkat antarabangsa dan ia juga memperkukuh lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon terbaik di Malaysia.

Saksikan SeOfis hanya di Tonton sekarang!

Siri SeOfis mengisahkan tentang cabaran dunia korporat menerusi pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat yang lain seperti handalan Malaysia seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Isteri Tinggalkan Pelamin…Apa Alasan Sufi Rashid?

Di sini saya menegaskan, apa yang anda lihat bukan seperti dijangkakan.

Hiburan Fri, 14 Nov 2025
Featured Thu, 19 Jun 2025

“Saya Tak Tahu, Isteri Okay Sahaja Dengan Saya” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tuntutan cerai isterinya.

Hiburan Mon, 13 May 2019

E1 Gamit Raya Zaman Dulu Dalam Rindu Lebaran

Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat.

Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Fri, 19 Apr 2019

暌违19年再踏槟城舞台!费玉清经典美声824槟城重现

「小哥」费玉清暌违19年后再度踏上槟城的舞台,让粉丝再有机会一睹小哥的风采!

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Jika Ditakdirkan Berjodoh Dengan Seseorang, Saya Harap Ini Perkahwinan Terakhir” – A Aida

Datuk A Aida mengaku dia memerlukan peneman hidup selepas hampir enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Events Tue, 18 Sep 2018

Joe Flizzow, Ismail Izzani, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan Gamatkan Konsert Tremendous JOOX 22 September Ini

Selepas tiga tahun beroperasi, ini merupakan cara JOOX menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong mereka. Cayalah JOOX!

error: Content is protected !!