Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 23, 2022 @ 7:24pm

Bengang Dengan Sikap Segelintir Pelakon Baharu, Ku Faridah Akui Kecewa – “Tidak Minta Disanjung Tapi Hormat”

Pelakon veteran, Ku Faridah Ku Shafie, 70, mengakui bengang dan kecewa dengan sikap segelintir pelakon baharu yang memperlakukan artis senior seperti tiada harga diri.

Menurutnya, bukan sanjungan yang diminta namun cukuplah sekadar menghormati terutamanya artis yang lebih tua daripada mereka.

“Tidaklah minta disanjung, tetapi sekurang-kurangnya hormat sikit golongan warga emas seperti saya.

“Namun, saya tidak maksudkan semua, hanya segelintir tiada adab. Jangankan nak bersalam, bertegur sapa pun tidak dengan pelakon lain.

“Sebaliknya, suka buat hal sendiri dan melepak dalam kereta sementara menunggu giliran,” luahnya.

Memetik daripada laporan BH Online, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu berkata, segelintir pelakon baharu tidak patut bersikap besar kepala hanya kerana memegang watak utama dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Tambah, artis senior pula yang perlu menyapa mereka dahulu dan dia menyatakan layanan yang diterima artis veteran di Malaysia berbeza sama sekali dengan layanan yang diterima oleh pelakon veteran di Hollywood.

“Ada masanya, pelakon veteran pula mengambil inisiatif menegur mereka.

“Jujurnya, macam tiada harga diri pula dilayan seperti ini. Keadaan ini berbeza dengan layanan diterima pelakon senior di Hollywood.

“Semakin berusia, semakin disanjung,”katanya.

Sehubungan itu, Ku Faridah turut kesal dengan hasil lakonan yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya malah masih bersikap angkuh.

“Situasi ini amat mengecewakan. Sepatutnya perlu ada kerjasama apabila bekerja dalam satu pasukan.

“Namun, sikap sesetengah pelakon baharu lebih suka menghabiskan masa dalam kereta dan tidak mahu berbincang dengan pelakon lain mengenai skrip menimbulkan masalah.

“Ada pula tidak buat ‘homework’ atau hafal skrip terlebih dahulu sebelum memasuki lokasi,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan bahawa ada segelintir pelakon baharu yang tidak memahami jalan cerita sehingga pelakon lain perlu mengajar ketika di set penggambaran.

Tegasnya, apa yang dikatakan ini bukanlah sebab cemburu dengan populariti yang diraih oleh pelakon baharu namun hanya mahu menasihati.

Walaubagaimanapun, menerusi watak antagonis yang dilakonkan dalam drama Jangan Menangis Cinta meninggalkan kesan kepada penonton sehingga dia menerima pelbagai ugutan daripada warganet.

“Ada netizen mahu letup dan menikam saya, malah menjeling pun ada.

“Saya tak bimbang keselamatan tetapi komen yang diberikan melampau.

“Sebagai orang tua, saya rasakan ugutan netizen agak keterlaluan walaupun main-main,” ujarnya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Apr 2021

Bukan Gimik! Ini Punca Kenapa Shaheizy Sam Menangis…

Ni memang sebak, min pun nak nangis dah….

Trending Tue, 5 Jan 2021

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran

Buat pemohon i-Sinar, korang wajib baca info ni!

Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Featured Thu, 21 May 2026

June Lojong Meremang Kongsi Pengalaman Shooting Di Penjara Lama Johor, Tulisan Banduan Buat Hati Tersentuh – “‘Mak Tunggu Aku Balik’ Antara Yang Buat Saya Insaf”

June Lojong mengakui pengalaman menjalani penggambaran di lokasi penjara lama di Johor Bahru meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

Wann Rindu Masuk Studio

Tiada siapa yang boleh lawan suara ‘seksi’ Wann setakat ini, betul tak?

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Populariti Jadi Pertaruhan, Emma Maembong Terheret Dalam Dunia Gelap ‘Santau Perempuan Terlarang’

Emma Maembong menyifatkan karakter itu sebagai antara peranan paling kompleks pernah dilakonkan

error: Content is protected !!