Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 26, 2019 @ 1:31pm

Wann Rindu Masuk Studio

Selepas berkahwin dan berpindah ke Singapura, lama sungguh dah kita tidak dengar suara ‘seksi’ penyanyi Wann.

Kali terakhir muncul dengan album studio Tribute To Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2004, Wann mengaku rindu untuk masuk ke studio rakaman.

“Jika diberi kesempatan, saya mahu hasilkan sebuah single. Dapat satu pun jadilah buat pelepas rindu masuk studio.

“Pilihan genre pula harus bersesuaian dengan suara dan jiwa. Saya tidak mahu lari daripada konsep lagu popular saya sebelum ini. Saya rindu untuk aktif macam dulu. Ini mungkin peluang terbaik untuk peminat melihat kemunculan semula saya,” kata pemilik nama Wan Rashidah Meor Abdul Rashid ini.

Penyanyi yang pernah merakamkan lebih 10 album solo itu mengaku rindu untuk bertemu peminat selepas lebih 20 tahun tidak muncul dengan persembahan istimewa.

“Kali terakhir saya menyanyi di depan orang ramai pada awal bulan ini di Makan Malam Live anjuran Mareepoosa Creative & Event di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur

“Walaupun sudah begitu lama saya tidak aktif menyanyi di sini, saya bersyukur penerimaan peminat masih sama seperti dulu,” katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman peserta Gegar Vaganza 6.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Adriana Adnan tetap bersyukur dengan sokongan individu sekeliling yang sentiasa mempercayai bakatnya

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Featured Thu, 29 May 2025
Hiburan Wed, 4 Sep 2024
error: Content is protected !!