Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2025 @ 4:09pm

Yusuf Bahrin Ditegur Muat Naik Video Mesra Dengan Wanita Netizen Komen – “Isteri Di Atas Lautan Berdepan Detik Cemas Dia Macam Ni Pula”

Perkongsian pemain bola sepak wanita yang dikenali sebagai Syafiqa Erisya di platform TikTok mencuri perhatian sekali gus menerima respons kurang senang dalam kalangan warganet.

Ia susulan, tindakan Erisya mempelawa Yusuf untuk menari dan melakukan trend popular di platform itu yang digelar Pica Pica 2.

“Kak Zizi Kirana pinjam suami kejap,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Namun, rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ramai yang menyifatkan kandungan video itu tidak sesuai dimuat naik pada ketika ini memandangkan isteri aktor itu yang juga penyanyi, Zizi Kirana terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran video berkenaan telahpun dipadam Erisya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB (@yusuf_bahrin)

Untuk info, selain Zizi, misi kemanusiaan ke Gaza yang berlepas pada 29 Ogos lalu turut disertai aktivis pro-Palestin termasuk pelakon Ardell Aryana.

Difahamkan, lebih 20 kapal belayar dari Sepanyol minggu lalu dan rombongan itu dijangka tiba di Gaza pertengahan September selepas dua percubaan sebelum ini iaitu pada Jun dan Julai gagal akibat dihalang tentera Zionis.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengisytiharkan krisis kebuluran di Gaza dengan lebih 500,000 penduduk kini berada dalam keadaan amat kritikal.

Sebelum ini, Yusuf tampil dengan drama Seindah Hujan Cinta bergandingan bersama pelakon popular, Uqasha Senrose, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail,  Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Drama 28 episod ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh intensiti dan nilai kemanusiaan.

Jangan lepaskan tayangan perdana Seindah Hujan Cinta bermula 21 Julai ini, eksklusif di Tonton. Ikuti perkembangan lanjut menerusi media sosial rasmi @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram, serta gunakan hashtag rasmi #Tonton untuk menyertai perbualan bersama peminat lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Sun, 19 Mar 2023
Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Hiburan Wed, 16 May 2018

Mood Republik Teruskan Tradisi Hujan Duit

‘Hujan Duit’ & Mood Republik dikatakan bagai irama dan lagu bakal di teruskan tahun ini, betul ke?

Hiburan Wed, 24 Apr 2024
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Pedophile Is Watching” Ini Pesanan Netizen Buat Que Haidar

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tak gitu!

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Wow! Aizat Kongsi Pentas Dengan PADI Reborn

Aizat dan penganjur masih merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka.

Featured Tue, 7 Sep 2021
error: Content is protected !!