Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2025 @ 7:41pm

Jeslina Hashim Kekok Dipanggil Che Puan – “Panggil Jes Sahaja”

Penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim, 47, mengaku kekok apabila dipanggil dengan gelaran Che Puan selepas berkahwin dengan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar  iaitu Tunku Eddy Nasruan Adi pada 10 Ogos tahun lalu.

Katanya, dia lebih selesa apabila orang memanggil namanya sahaja.

“Kalau orang panggil saya Che Puan pun, saya akan beritahu, panggil Jes sahaja,”ulasnya.

Jeslina berkata demikianketika ditemui pada majlis pelancaran single Radar oleh penyanyi baharu, Tunku Ines, di Sofitel Hotel, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Berkongsi tentang kehidupan selepas kembali berumah tangga, Jeslina berkata, dia kini sibuk menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Hidup saya sekarang sangat bahagia. Kami pun belum sampai setahun berkahwin. Saya sibuk uruskan suami, rumah tangga, dan anak-anak yang kini sudah besar. Saya bantu mereka dalam pelajaran dan jadi pemandu untuk ke sana sini,” katanya.

Manakala, mengulas soal karier nyanyiannya, pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu mengakui tiada perancangan untuk kembali aktif dalam bidang tersebut apatah lagi masalah gastrik yang dialaminya lebih 10 tahun itu menyebabkan berlaku ‘acid burn’ di kotak suara.

“Memang saya rindu nak menyanyi, tapi tekak saya ada masalah. Bercakap pun suara sudah lain. Saya harap ada rezeki untuk sembuh.

“Saya ada gastrik, doktor kata ada ‘acid burn’ dekat kotak suara. Lagu lama pun saya dah tak boleh nyanyi, ‘key’ pun tak boleh capai. Keadaan ini dah lebih 10 tahun.

“Nyanyi-nyanyi manja dekat rumah boleh lah,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Mar 2019
Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

OMG Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Filem Mon, 8 Jun 2026

“Orang Nampak Anak Seni Ini Glamor, Tapi…” – Scha Alyahya

Kadang-kadang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga terkena tempias daripada persepsi atau pandangan orang ramai. – Scha Alyahya.

Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

error: Content is protected !!