Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 2, 2019 @ 11:32am

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Walaupun telah melabuhkan tirainya pada 25 April yang lalu, Nur 2 yang dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Dato Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Eyra Hazali ini telah meraih 10 juta tontonan terkumpul sepanjang 15 episod bersiaran sekaligus mencatat3.6 juta tontonan bagi episod terakhir. Wow!

Siapa sangka rakyat Malaysia begitu menantikan balasan yang bakal diterima Ustaz Hamadi ni kan?

Mana taknya, watak yang paling dibenci dan mendapat perhatian netizen bagi siri kedua drama Nur ini, berakhir dengan kematian di tangan isterinya sendiri, Aishah. Boleh dikatakan, watak yang dilabel netizen sebagai penunggang agama lakonan Azhan Rani ini sedikit sebanyak menenggelamkan watak utamanya, Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle dan juga Nur lakonan Amyra Rosli.

Walaupun watak antagonis Syed Hamadi mendapat respon pelbagai pihak yang memberi ulasan betapa wataknya itu memberi kesan di hati dan membuka mata tentang wujudnya manusia yang mempergunakan agama demi kepentingan sendiri. Walaupun dibenci sehingga mendapat ugutan bunuh, ragam Syed Hamadi yang sering menggunakan nyanyian dan lirik lagu popular dalam dialognya turut mencuit hati penonton.

Manakala, konflik rumahtangga Ustaz Adam dan Nur juga berakhir apabila komplot jahat Juita dan Hamadi
didedahkan jiran mereka, Uchee yang turut bersubahat. Darul Mukhsin juga dapat kembali beroperasi dengan dana yang disalurkan oleh sahabat baik Ayah Haji iaitu Datuk Tajuddin.

 

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Pengurusan Jenama dan Rancangan (TV3 & TV9),  pujian harus diberikan kepada setiap pelakon yang terlibat kerana menjiwai watak mereka dengan sangat baik dan memberi kesan kepada penonton. Kami berterima kasih atas komen dan respon orang ramai yang setia mengikuti drama ini dan akan terus berusaha untuk menghidangkan pelbagai lagi naskhah hebat seperti ini di masa hadapan.

“Alhamdulillah, sekali lagi Nur 2 juga mencipta fenoma seperti drama Nur terdahulu. Drama Nur 2 ini
mendapat memaparkan realiti kehidupan yang benar-benar terjadi masa kini. Mungkin sesetengah pihak
sukar menerima kejahatan yang dipaparkan melalui watak Syed Hamadi, kenaifan Nur dalam bersahabat,
lemahnya iman seorang Ustaz Adam dan kebodohan Aishah yang masih setia dengan suami walaupun
suaminya itu jahat, ada masyarakat di luar sana yang benar-benar menghadapi situasi sebegini.” Katanya.

Apapun, terima kasih buat semua penonton setia drama TV3, teruskan menonton pelbagai lagi drama menarik yang
bakal dihidangkan buat korang semua sempena bulan Ramadan dan Syawal ini. #Setulusikhlas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Asyik Jadi Mangsa Fitnah, Akhirnya Wan Maimunah…

Siapalah yang dengki sangat tu? Sudah-sudahlah…

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtra好康头 | 送你《费玉清2019告别演唱会》入门票

#xtra好康头 送你去看4月12日「金嗓歌王」费玉清的个人告别演艺圈巡回演唱会。

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Lagu Nora Dalam OST Filem Pulang Yang Korang Kena Tahu

Sebut sahaja filem Pulang, pasti ramai yang akan kata runut bunyi dalam filem tersebut juga memainkan peranan dalam mewujudkan emosi sedih ketika menontonnya

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
error: Content is protected !!