Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 1, 2022 @ 5:24pm

“Isu Antara Saya & Raihan Tak Pernah Selesai…” – Ambil Inisiatif Ajak Bersemuka, Nazrey Johani Mahu Lerai Persengketaan

Penyanyi nasyid dan juga bekas anggota Kumpulan Raihan, Nazrey Johani memaklumkan dia mahu menghubungi kumpulan popular itu bagi meleraikan salah faham yang timbul antara mereka.

Menurut Nazrey, inisiatif ini diambil bagi meleraikan pertanyaan dalam kalangan peminat mengapa kedua-dua pihak tidak merancang untuk kembali berkerjasama.

“Isu antara saya dan Raihan tidak pernah selesai. Pelbagai persepsi timbul, sedangkan pengunduran saya daripada kumpulan itu pada 2006 adalah untuk meneruskan kerja dakwah di Sabah.

“Saya tahu peminat keliru dan mempersoalkan kenapa sehingga ke hari ini kami tidak bekerjasama, sedangkan apabila ditanya pihak media, masing-masing memaklumkan tiada masalah.” katanya.

Memetik laporan Utusan, Nazrey turut berjanji, sekiranya pengikut TikTok dan Instagramnya mencecah 100,000, dia tidak teragak-agak untuk menghubungi kumpulan tersebut.

“Saya berjanji, sekiranya pengikut TikTok dan Instagram saya mencecah 100,000, saya akan hubungi anggota Raihan. Saya mahu berjumpa mereka secara berdepan untuk membincangkan isu yang berlarutan sehingga hari ini. Biar saya merendahkan diri untuk memulakannya nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nazrey pernah menyuarakan hasratnya untuk kembali bekerjasama dengan kumpulan tersebut bagaimanapun, Raihan tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara jelas mengenai perkara itu.

Terdahulu, Nazrey mengakui tidak terkilan walaupun tiada undangan dari Kumpulan Raihan untuk memeriahkan konsert Garis Masa Raihan yang akan berlangsung pada pada November ini.

“Ini jujur, bukan buat-buat… saya dengan Raihan baik sahaja. Hendak jayakan konsert bukan perkara mudah, tetapi mereka berjaya laksanakan. 

“Kalau dijemput saya pergi, jika tiada pun, buat apa mahu bising? Itu hak mereka. Sama ada hendak jemput atau tidak.

“Saya bersyukur dan turut gembira dengan apa yang mereka lakukan,” ujarnya.

 

 

Sumber: Utusan, Boom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Thu, 29 Jan 2026

Netizen Persoal Adik-Beradik Anzalna Dapat Rezeki Kahwin Lelaki Kaya, Ini Jawapan Empunya Badan

Anzalna menjelaskan, setiap individu memiliki rezeki yang berbeza-beza.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

‘Kamu Membuktikan Janji Kepada Arwah Papa Aku’- Nia Ramadhani Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke Sembilan

Siapa masih ingat lakonan Nia dalam Bawang Putih Bawang Merah? Geram je tengok kan!

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Featured Mon, 23 Dec 2024

“Jangan Biar Hati Tu Membusuk” – Abby Abadi Tegur Netizen, Kecewa Masih Ada Yang Kutuk & Caci Maki Marissa Dania

Sana sini masih ada yang kutuk, caci maki anak saya. Cara komen tu konon paling tersakiti- Abby Abadi

Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru […]

Featured Sat, 12 Apr 2025

Jeslina Hashim Kekok Dipanggil Che Puan – “Panggil Jes Sahaja”

Katanya, dia lebih selesa apabila orang memanggil namanya sahaja.

Trending Sat, 4 Aug 2018

Kena Kecam Akibat Buang Sampah

Zaman sosial media sekarang nie pantas dalam menyebar berita dan aksi yang dilakukan . Buang sampah di tanah kenapa tidak di dalam tong sampah yang disediakan

error: Content is protected !!