Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 24, 2025 @ 2:37pm

Kes Cerai: Diana Danielle Kekal Pendirian Mohon Dilepaskan, Farid Kamil ‘Kunci Mulut’

Pelakon Diana Danielle berharap prosiding kes perceraiannya bersama aktor, Farid Kamil yang berlangsung hari ini menemui kata putus.

Kata Diana, dia berharap segala proses melibatkan kemelut rumah tangganya akan dapat diselesaikan memandangkan sudah bosan melalui proses sama berulang kali.

“Cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah. Benda yang sama juga.

“Akhirnya saya tetap nak dilepaskan. Harap dia memahami lah ya,” katanya ringkas.

Diana hadir di Mahkamah Syariah, Jalan Duta Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi dengan mengenakan jubah berona merah jambu.

Manakala, Farid yang hadir ditemani peguamnya hanya sekadar tersenyum dan mengunci mulut.

Terdahulu, Diana membuat permohonan perceraian kali kedua namun pada 15 Disember tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pasangan terbabit melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan talak.

Diana memfailkan penceraian kali kedua itu pada 4 November 2024 atas alasan tiada lagi persefahaman dan perbalahan yang panjang.

Pada 21 Januari lalu, Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 43, melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, dalam tempoh tersebut tiada sebarang halangan sekiranya pasangan itu mahu berdamai atau berbaik.

Sekadar info, pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun yang sama tetapi rujuk kembali sebulan kemudian.

Mahkamah selepas itu menetapkan 24 Mac ini bagi tarikh sebutan semula kes serta hasil laporan JKP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Agaknya selalu sangat Meerqeen dengan Anna Jobling sweet sampai bersemut timeline netizen tu 🤣 Jealous kott 🤭🥵

Featured Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Erma Fatima Syukur ‘Buah Hati’ Terselamat

Erma Fatima bersyukur Allah menyelamatkan Zareef Yusof yang berusia sembilan tahun, daripada kecederaan.

error: Content is protected !!