Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 27, 2017 @ 12:45pm

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Kata Diana Amir

PELAKON Diana Amir, 31, memohon jasa baik stesen televisyen tempatan untuk tidak menyiarkan semula filem-filem lakonannya sewaktu belum bertudung.

Nurdiyana Amir Hashim atau lebih dikenali Diana Amir yang mula mengenakan tudung pada 2011 selepas bermimpi tentang hari kiamat mengakui malu melihat semula dirinya ketika itu dan ingin melupakannya.

Menurutnya, pada awal penghijarahannya, dia pernah menyuarakan perkara ini kepada produksi yang menerbitkan filem-filemnya pada ketika itu tetapi dimaklumkan mereka tidak tiada kuasa itu.

“Saya sedar tiada hak untuk menyekat mana-mana pihak tetapi jika boleh dielakkan, saya amat berterima kasih dan menghargainya.

“Saya juga faham pihak produksi dan televisyen mempunyai hak untuk mengulang siar setiap filem tetapi saya mohon untuk menyemak semula latar belakang seseorang selebriti yang sudah berhijrah.

“Lagipun banyak lagi filem lain yang boleh disiarkan untuk penonton,” ujarnya.

Diana mengakui apa yang dilakukannya sebelum ini adalah salah dan dia sudah bertaubat.

“Jika terbaca komen mengenai lakonan lama, saya sebolehnya akan memadam atau cuba memberi penjelasan sebaiknya.

“Ada peminat terkejut melihat penampilan saya dulu terutama peminat baharu, tapi apakan daya saya tidak boleh berbuat apa-apa. Kalau boleh saya tidak mahu ia menjadi viral atau menjadi bualan.

“Kalau orang luar pun terkejut, inikan pula anak-anak saya nanti. Tapi saya sedar pada zaman internet ini, perkara sebegini sukar dikawal.

“Sebagai manusia, kita tahu kalau sudah bertaubat Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Pengampun. Kita buat sehabis baik, selebihnya biar Allah yang uruskan,” akhirnya.

Sumber- Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 11 Mar 2019

3 Cool Events to Look Forward to in March 2019

3 cool events in the 3rd month of the year…

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Sajat Sudah Berani Tunjuk Te***?

Amboii,, Sajat berani betul tunjuk aset dekat peminat kan?

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Lagu ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 (semalam).

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Kembali Free Hair? Intan Sarafina Tayang Rambut Di Instagram

Lama tak dengar khabar Intan Sarafina.

Hiburan Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
error: Content is protected !!