Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina April 16, 2020 @ 2:38pm

Maria Tunku Sabri Kongsi Resepi Masakan ‘Unik’ Sepanjang PKP, Bubur Jagung Lockdown Pun Ada!

Memasuki hari ke 30 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, nampaknya ramai individu yang mula memuat naik video memasak mereka!

Selain video pesanan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang PKP ini, video aktiviti memasak artis tanah air antara yang menjadi tumpuan netizen apabila mereka menunjukkan kemahiran memasak mereka.

Tidak ketinggalan, personaliti popular TV3, Maria Tunku Sabri yang popular menerusi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan turut memuat naik beberapa menu masakannya di Instagram.

Uniknya, apa yang mencuit hati netizen adalah nama setiap masakan yang diberikan oleh Maria memang kelakar habis! Jom tengok antara 11 menu masakan dan manisan oleh Maria:

Bubur Jagung Lockdown

Ayam Black Pepper Covid-19

Jering Berlada Perutusan Diva AA

Ketam Masak Lemak Nenas Tak Reti Bahasa

Bread Butter Pudding Perintah Berkurung

Ayam Berempah Takde Moral

Cucur Jagung Cerdik

Burger Menyalak

Ayam Masak Kicap BSH (Bantuan Sara Hidup)

Ayam Geprek Frontliners

View this post on Instagram

Hai semua tengah tunggu masakan saya letew???????????????????? Harini sempoi bak hang buat masakan satu rumah akan makan Ayam Geprek Frontliners sempena memperingati Frontliners kita yang berjuang bergadai nyawa sendiri demi menyelamatkan Malaysia???????????????????? Frontliners jauh dimata(tengok kat tv jer)dekat dihatiku sayang kamu semua ketat2 sendat2 ???????????????????? Nah resipi(sambil lap ayiaq mata teringat kat frontliners) Bahannya : Ayam (Dada+Peha) Tepung Goreng Ayam(kalau nak buat sendiri tepung gandum,serbuk ketumbar,serbuk lada putih,serbuk jintan putih,serbuk jintan manis,serbuk kunyit,garam,gula) Serbuk Cili Cili Padi(merah sahaja) Tomato Bawang Merah Gula Garam Minyak Masak Air Masak Caranya : bersihkan ayam salut dengan serbuk Cili biarkan sekejap untuk meresap..selepas 30 minit salutkan ayam dengan tepung ayam goreng celupkan dengan air masak buat proses ni 2 atau 3 kali lepas tu goreng masukkan dalam lesung penumbuk Sambal tumbuk manja manja letak atas pinggan. Cili Padi merah+bawang merah+tomato goreng dengan sedikit minyak sahaja angkat masuk dalam lesung penumbuk sambal dan tumbuk halus masukkan gula+garam angkat letak diatas ayam hidangkan dengan kicap manis+ sup kosong+daun salad+timun+tomato jika mahu. Selamat Menjalankan Tugas Frontliners ???????????????????? #KelasKauMaria #BeautifulMaria #BetulTuMaria #RatuLatePost #MTSOotd #HatersWillHate #LiarsWillLie #IGKenaHacked #IHateHackers #HackerCanGoToHell #LetsCatchHackers #MariaCooks #MariaJJCMCooks #SaluteOurFrontliners

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm) on

Lempeng Kelapa LHDN

So, kalau ada yang dah bosan dan tidak tahu nak masak apa lagi di rumah, korang boleh lah cuba menu masakan unik ala Maria Tunku Sabri seperti di atas okay?

Selamat mencuba!

Kredit: Instagram Maria Tunku Sabri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Siapa Penyanyi Terkenal Yang Baru Ada Akaun Instagram?

Baru dibuka enam hari, penyanyi berusia 48 tahun itu sudah memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Berang Dengan Ibu Tiri? Abil Luah Rasa Menerusi Instastory

Mengakui bahawa masanya sudah tiba untuk beliau menceritakan kisah sebenar disebalik perlakuan biadap individu terbabit.

Featured Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Si Perampas, Dengar Sini…Che Ta Nak Habaq!

Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka…

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Syarat Wajib Kalau Mahu Memperisterikan Rita Rudaini…

Ibu kepada dua orang cahaya mata, Rita Rudaini akui masih belum bersedia untuk menempuh semula alam rumah tangga. Mana tahu kan satu hari nanti Rita berjumpa dengan lelaki yang dapat bertanggungjawab ke atas anak-anaknya?

Featured Sun, 20 Apr 2025

Mantera Filem Seram Bongkar Ritual Bobolian, Bomoh Tradisi Kaum Dusun Di Sabah

Mengangkat kisah mist.ik berdasarkan amalan tradisional kaum Dusun.

Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Kongsi Berita Gembira, Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim

Alhamdulillah! Semoga rawatan seterusnya dipermudahkan, Amin🤲🏻

error: Content is protected !!