Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 10, 2021 @ 2:14pm

Bukan Gimik! Ini Punca Kenapa Shaheizy Sam Menangis…

Pelakon, penyanyi dan kini bergelar usahawan, Shaheizy Sam Abdul Samad dilihat sebak ketika majlis pelancaran SyokoTube by Syokolat yang berlangsung di Shah Alam pada Jumaat.

Menurut Sam, ini bukanlah gimik memandangkan beliau seorang pelakon, namun melihat rakan-rakan media terutamanya yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini dan masih ada pada majlis tersebut untuk memberikan sokongan dalam setiap perjalanan seni nya sejak berusia 12 tahun sehinggalah sekarang membuatkan Sam terlalu beremosi sehingga menitiskan air mata pada acara berkenaan.

“Terus terang Sam katakan, itu bukan gimik. Dia macam, apa yang Sam lakukan harini tidak ada kena mengena dengan dunia hiburan. Tapi bila lihat abang-abang media yang dah berumur Sam rasa sebak. Mana taknya, sejak Sam kecil mereka ada dan terus bagi sokongan sehinggalah Sam jadi extra, berlakon filem dan menang pelakon lelaki terbaik sehinggalah Sam berbisnes ni mereka tetap ada”
“Sam akui, Sam bukannya baik nak telefon mereka tiap  hari atau sebulan sekali untuk bertanya khabar, tetapi melihat mereka hari ini memang cukup buat Sam sebak sangat. Sebab Sam tahu ini bukan dunia hiburan, ini Sam berniaga tetapi… wajah-wajah yang sama tetap ada.”

Bukan setakat itu, ketika ditanya mengenai sokongan peminatnya terhadap karier seni beliau, Sam akui peminat yang setia memberikan sokongan terhadapnya masih ada terutamanya di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Namun, tidak dapat dinafikan peminat mungkin juga bertukar cita rasa seiring peredaran semasa.

“Sam tak boleh nak cakap, tetapi macam peminat ni masing-masing berganti umur, but as we go older, itu they come and go. Sebab banyak artis lain lagi yang muncul. Tetapi peminat yang masih rapat dengan Sam, Sam masih ingat lagi mereka…”

ARTIKEL BERKAITAN : Perlahankan Karier Seni, Shaheizy Sam Kini Fokus Dalam…

Walaupun sibuk dengan urusan perniagaan, Sam akui masih menerima tawaran berlakon dan baru sahaja selesai penggambaran berjudul Indera arahan Woo Min Jing bergenre Thriller Horror.

“Syatilla ni kuat orangnya…”

Sumber : instagram @samtilla

Ketika ditanya mengenai keguguran isterinya yang dilaporkan baru-baru ini, Sam akui dan menyifatkan isterinya itu seorang yang kuat.

“Tilla ni memang seorang yang kuat. Malah, dia lebih kuat daripada Sam…Walaupun orang dengar dia baru keguguran dan mungkin down tapi tidak…dia cool dan kuat”

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Tapi untuk makluman semua, sebelum lahirnya anak pertama kami, Syeriv, isteri saya pernah keguguran tetapi rezeki Allah nak bagi maka adanya Syeriv begitu juga dengan anak kedua kami, Sarima.

” Orang kat luar sana kena tahu, Tilla ni pattern dia lain, sebelum Syeriv, Tilla pernah keguguran kemudian circle period tak habis lagi dah lekat begitu juga sebelum adanya Sarimah. So, mungkin lepas ni akan ada lagi. Apapun kita kena redha. Allah bagi ujian nasib baik tak berat macam ada orang lain yang dugaan dia lagi berat” jelasnya.

Apapun, Sam dan Syatilla Melvin tidak menolak sekiranya dikurniakan dengan cahaya mata lagi selepas ini.

Terdahulu, pasangan ini diijabkanbulkan pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Anggap Perkara Positif Digelar ‘Duda Hot’, Hisyam Hamid Akui Rimas Terpalit Gosip Cinta Baharu

Alahai, nak berkawan pun tak boleh agaknya kan semua nak dikaitkan bercinta

Trending Mon, 12 Apr 2021
Trending Thu, 19 Aug 2021

Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew (UEL) selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman sebentar tadi. UEL dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul […]

Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Trending Thu, 6 Dec 2018

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Iringi Konsert Duo Jamal Dan M. Nasir. Wow!

Tun Siti Hasmah khabarnya giat menjalani latihan!

Hiburan Mon, 7 Mar 2022
error: Content is protected !!