Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 14, 2022 @ 7:34pm

Bangga Anak Warisi Bakat Seni, Nora Ariffin Sedia Berkongsi Ilmu – “You Are Gifted Putri”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa bersyukur dan bangga terhadap anak perempuannya, Putri Dahlia yang mewarisi bakat seni dalam bidang muzik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nora menganggap anaknya mewarisi bakat arwah suaminya, Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer suatu ketika dahulu.

“You are gifted Putri.. Bakat itu kurniaan & anugerah Allah.. Harus sentiasa bersyukur.. Putri Dahlia mewarisi bakat dari ayahnya..arwah Johan Nawawi, kalau pun ada dari saya mungkin sedikit sahaja.

“Sebagai ibu, saya tumpang gembira & sentiasa berdoa agar Putri Dahlia diberi peluang utk melangkah lebih jauh & kekal dgn keunikan tersendiri.

“Music is universal, you can go far…and shine like a star. Believe in yourself, be confident but always stay humble,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga sempat memberikan kata-kata semangat dan menyatakan dia bersedia untuk membimbing anaknya.

“Lumrah kehidupan.. Its a proses….hidup sebagai artis ibarat roda. Bila kita sudah meningkat usia, kita wajar beri laluan pada legasi & generasi baru utk terus mewarnai industri.

“Alhamdulillahh, 30 tahun menjadi anak seni, saya sudah cukup bersyukur dgn segala anugerah & pengalaman yg ada serta bersedia berkongsi ilmu. All the best my dear, i’m so proud of you,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Farid Kamil Pulang Ke Kampung, Kenapa?

Farid Kamil pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran

Hiburan Thu, 28 May 2026

“Tak Perlu Menentukan Ibarat Menyuap Kehendak Sendiri Dalam Hidup Saya” – Fazura Minta Henti Tekan Soal Jodoh, Mahu Bahagia & Cari Ketenangan

Fazura turut mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak yang sering mengaitkannya dengan individu tertentu termasuk golongan kenamaan.

Hiburan Mon, 7 May 2018

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Featured Sat, 9 May 2020
Hiburan Sun, 8 Dec 2019
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Sertai Misi Kemanusiaan, Ardell Aryana Terbang Ke Syria

Semoga dipermudahkan urusan buat Ardell dan suami di sana nanti!

error: Content is protected !!