Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 7, 2019 @ 3:42am

‘It’s A Boy’- Putera Harry Umum Isteri Selamat Bersalin!

Isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, awal pagi semalam (Isnin,6 Mei 2019).

Menerusi satu kenyataan media, Putera Harry mengumumkan berita gembira tersebut.

“ Saya dengan sukacitanya mengumumkan kami menimang cahaya mata lelaki awal pagi ini, seorang bayi lelaki yang sihat.

“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Ia merupakan pengalaman terhebat yang pernah saya alami,” kata Putera Harry kepada wartawan di Windsor.

Meghan dibawa ke hospital pada pagi Isnin selepas seminggu melepasi tarikh jangkaan bersalin yang mana beliau sepatutnya bersalin pada 28 April lalu.

Menurut kenyataan Istana Buckingham, putera sulung Harry dan Meghan itu dilahirkan pada jam 5.26 pagi (waktu tempatan) dengan berat 3.26 kilogram.

Ibu Meghan, Doria Ragland yang teruja menerima kehadiran cucu sulungnya kini menemani Meghan di Frogmore Cottage.

Berita gembira kelahiran putera sulung pasangan diraja itu turut dikongsi di laman Instagram @SussexRoyal yang dilancarkan pada 2 April lalu.

Peminat dijangka berpeluang melihat pasangan diraja berkenaan bersama bayi mereka apabila Putera Harry dan Meghan mengambil gambar bersama di Istana Windsor dalam masa beberapa hari lagi.

Putera yang baharu dilahirkan itu merupakan waris ketujuh takhta Britain selepas Putera Charles, Putera William, Putera George, Puteri Charlotte, Putera Louis dan bapanya, Putera Harry.

Putera Harry yang juga adik kepada Putera William berkahwin dengan Meghan Markle yang merupakan pelakon terkenal dari Amerika Syarikat pada 19 Mei 2018. – AFP/ Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Sat, 4 Oct 2025
Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Wed, 21 Mar 2018

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Events Sat, 27 Jul 2024

TikTok Award 2024 Iktiraf Pencipta Kandungan Tempatan

Wah, agak-agak siapa yang bakal merebut takhta Khairul Aming pada tahun ni? Sama-sama kita saksikan nanti🙌

Hiburan Wed, 16 Apr 2025

Netizen Minta Abby Abadi Buat Permohonan Maaf Kepada Umisya Mazlan? Ini Respons Empunya Badan

Abby Abadi persoal tindakan netizen, minta Aslam yang minta maaf kepadanya

error: Content is protected !!