Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 11, 2023 @ 3:19pm

“Bukan Baru Sekali…” – Tak Tahan Diabaikan, Isteri ND Lala Dedah Ditinggalkan Berkali-Kali

Baru-baru ini, penyanyi Syada Amzah ada menulis ucapan hari jadi buat bapanya yang sudah lama tidak berhubung.

Dalam penulisan tersebut, Syada yang juga adik kepada Shila Amzah memberitahu mereka sudah menerima hakikat sekiranya bapanya itu tidak lagi memerlukan mereka.

Terkini, isteri kepada pelakon dan penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman mendedahkan suaminya telah meninggalkan keluarganya berkali-kali.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia membalas kenyataan anak perempuannya, Syada yang memberitahu bapanya telah meninggalkan mereka sekali lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

Menurutnya, perbuatan tersebut sudah dilakukan berkali-kali oleh suaminya.

Malah, dia sudah tidak tahan lagi diperlakukan seperti itu.

“Again! Bukan baru sekali.. Berkali-kali meninggalkan.. Enough!,” ujarnya.

Untuk rekod, Fauziah dilaporkan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, untuk memfailkan perceraian pada 3 April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kenapa Yuna Berpisah Dengan Suami?

Dalam satu kiriman yang dikongsi suami Yuna, Adam meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap isterinya. Gambar yang dikongsi Adam menunjukkan kemesraan mereka beserta caption yang romantis. So sweet!

Hiburan Fri, 29 May 2026

Fly FM Perkenal Barisan Baharu Breakfast Show Dengan Ean, Adam Raqeem & Nadia

Fly FM kini tampil dengan barisan baharu untuk segmen Breakfast Show menerusi gandingan Ean, Adam Raqeem & Nadia.

Trending Fri, 18 May 2018

Lagi Kes Vape Meletup, Kali Ini Tembus Tengkorak!

Laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Pinellas County mendapati mangsa menemui ajal apabila dua bahagian rokok elektronik itu meletup dan menembusi tengkorak kepalanya.

Featured Thu, 2 Dec 2021

Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah. Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok […]

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Wed, 17 Nov 2021

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa. Polis menerima laporan kejadian […]

Featured Tue, 18 Feb 2025
error: Content is protected !!