Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 5, 2020 @ 4:30pm

Rakyat pamer kawalan kendiri tinggi pada hari pertama PKPB, kerajaan ucap tahniah!

Kebimbangan dan tanggapan ramai pelaksanaan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa semalam akan menjadi kelam-kabut, sedikit tersasar apabila rakyat mempamerkan disiplin dan kawalan kendiri tinggi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mewakili kerajaan menzahirkan rasa berpuas hati terhadap kawalan kendiri dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan orang ramai pada hari pertama PKPB.

“Jangkaan premis perniagaan akan sesak dan tiada pematuhan SOP seperti penjarakan sosial jelas meleset. Hasil laporan pemantauan mendapati premis perniagaan mengamalkan SOP ditetapkan.

“Mereka juga didapati mengambil suhu badan, mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa dan memastikan pelanggan beratur di luar premis dalam jarak sosial dibenarkan, iaitu satu meter.

“Oleh itu, kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP ditetapkan dan berharap amalan kawalan kendiri tinggi dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan ,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau meskipun pelaksanaan PKPB memberi sedikit kelonggaran dan membenarkan operasi perniagaan dijalankan, tidak bererti rakyat mempunyai lesen hijau untuk melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, pendekatan pihak berkuasa masih sama seperti dulu sebagaimana dipraktikkan pada PKP fasa pertama, kedua dan ketiga.

“Pendekatan polis bermula dengan nasihat. Jika tidak mampu mengawal, akan ditingkatkan kepada beri amaran dan jika masih berdegil, akan dinaikkan kepada tindakan undang-undang,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, tindakan undang-undang yang dikenakan tetap sama, iaitu hukuman denda RM1,000, atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Task Force Operasi Pematuhan bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB di seluruh negara.

Pasukan khas itu terdiri daripada 14 agensi kerajaan yang diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melaksanakan pematuhan PKPB berkenaan, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Jan 2026

“I Am Totally Against Bullying” – Nafi Dakwaan Masuk Campur, Daler Yusuf Sokong Puteri Balqis

Penjelasan itu dibuat Daler susulan kritikan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya sebelum ini.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Peminat Cemburu Lihat Kakak Aliff Syukri Satu Flight Dengan Aktor Korea Lee Jae Wook – “Peh, Jealous Ah!”

Umum mengetahui, aktor korea Lee Jae Wook selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi mengadakan sesi pertemuan bersama peminatnya di Malaysia. Ketibaannya itu telah disambut meriah oleh rata-rata peminat yang sanggup […]

Featured Thu, 24 Jul 2025

Ikut Trend S-Line, Zoey Rahman Dikecam Sengaja Buka Aib – “Bangga Sangat Ni”

Zoey Rahman antara artis yang mengikuti trend S-Line.

Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Featured Wed, 13 Sep 2023
error: Content is protected !!