Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 17, 2021 @ 3:37pm

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa.

Polis menerima laporan kejadian pada jam 2.41 petang selepas seorang kakitangan pengurusan menemui mayat mangsa di kawasan koridor di tingkat lapan kondominium berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, ketika kejadian, bapa mangsa berusia 35 tahun keluar membeli barang dan mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan dengan pintu rumah berkunci.

“Sebaik pulang ke rumah, bapa mangsa tidak melihat kelibat anaknya dan mengesyaki kanak-kanak itu terjatuh dari tingkap sebelum meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari mangsa.

“Mangsa kemudian ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

Eng Lai berkata, pihak pengurusan kondominium kemudian menghubungi ambulans dan sepasukan anggota paramedik dari Hospital Selayang yang pergi ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tingkap bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi di tepi tingkap bilik itu.

“Tingkap di dalam bilik itu didapati tidak mempunyai jeriji dan hasil siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden ini,” katanya.

Eng Lai berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Eng Lai menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 bagi membantu siasatan polis.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 10 Dec 2018
Trending Thu, 7 Nov 2019

Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Sayangnya dia pada adiknya.. Sanggup menahan lapar agar dapat merawat sakit adiknya

Hiburan Fri, 9 Aug 2024

Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

Mungkin Shuib dan Dol’s podcast boleh ambil input dari pandangan netizen ni

Featured Thu, 21 Aug 2025

“Moga Pembuli Buka Mulut, Haunt Them Zara!”- Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman, 54, meluahkan rasa penat untuk mengulas isu buli yang sedang tular.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Fathia Latif Terima Padah Akibat Lantang Bersuara Di Media Sosial?

Fatiya dilihat sering meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial twitter dan instagram. Selepas menerima arahan untuk tampil memberi penjelasan oleh SKMM, Fatiya berang dan mempersoalkan perkara berkenaan.

Hiburan Wed, 20 Nov 2024
Featured Fri, 26 Aug 2022
Trending Wed, 27 Apr 2022
Events Wed, 27 Apr 2022

“Sembunyi Bukti & Berbohong Kepada Pihak Polis” – 6 Rakan Didakwa, Punca Kematian Tangmo Nida Akhirnya Terjawab!

Spekulasi mengenai kematian aktres popular Thailand, Tangmo Patcharaveerapong akhirnya menemui jawapan. Memetik laporan Thaiger, setelah siasatan dijalankan selama berbulan-bulan akhirnya lima suspek yang juga rakan mendiang didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuklah berbohong kepada pihak polis […]

error: Content is protected !!