Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 9, 2025 @ 6:44pm

Dulu Pernah Kena Kecam Teruk, Kini Netizen Teruja Saksikan Sambungan ‘Di Sebalik Permata’

Pernah dikecam ketika awal kemunculannya, drama bersiri popular TikTok, Di Sebalik Permata kini muncul dengan musim kedua.

Selepas mencetuskan fenomena luar biasa dengan lebih 70 juta tontonan di TikTok, drama bersiri itu kembali dengan jalan cerita yang lebih dramatik, penuh konflik dan sarat dengan kejutan.

Dilancarkan pada 6 Jun lalu secara eksklusif menerusi akaun @tiktokdramamalaysia, musim terbaharu ini menyaksikan sambungan kisah watak utama, Natasya, lakonan Putri Damia, yang kini hilang ingatan dan menjadi mangsa manipulasi bekas kekasihnya, Akmal (Mizy Razuan).

Dalam kekeliruan antara realiti dan tipu daya, Natasya terpaksa memilih antara cinta sejatinya, Rayhan (Umar Mukhtar) dan lelaki misteri yang baru hadir dalam hidupnya.

Menampilkan tiga episod baharu setiap hari, musim kedua arahan Faiz Munir ini menjanjikan perkembangan jalan cerita yang lebih gelap dan berani.

Menerusi video teaser yang dimuat naik di TikTok, peminat tak sabar menantikan musim terbaharu drama bersiri ini.

Menurut Faiz, musim baharu ini dihasilkan selepas permintaan tinggi daripada peminat yang tidak sabar untuk mengetahui sambungan kisah Natasya dan Rayhan.

“Selepas drama Di Sebalik Permata musim pertama menerima maklum balas, iaitu dengan lebih 70 juta tontonan di TikTok, ramai peminat yang bertanya bila sambungan drama ini akan keluar. Kami akui banyak lagi jalan cerita yang boleh diterokai dan kami rasa ini masa yang tepat untuk kami menyambung kisah Natasya dan Rayhan,” jelas Faiz.

Menurut pihak produksi, setiap episod dirancang dengan elemen “cliffhanger” yang mampu membuatkan penonton tidak senang duduk. Malah, tema manipulasi, cinta toksik, hilang ingatan dan dendam menjadikan musim kedua ini jauh lebih mendalam dari segi emosi dan konflik.

@tiktokdramamalaysia Jangan lupa saksikan Di Sebalik Permata 2 – drama penuh debar dan misteri, hanya di TikTok! #DiSebalikPermata2 #M+Global @M+ Global ♬ original sound – Di Sebalik Permata 2: M+Global

“Kalau musim pertama pun sudah buat ramai penonton berperang di ruang komen, musim kedua ini mungkin lebih menggila. Kami bawakan elemen yang lebih gelap, manipulasi, fasa hilang ingatan, cinta toksik, dan watak baru yang misteri,” kata wakil produksi.

Penerbit dari syarikat Mantayay Sdn Bhd pula menyifatkan musim kedua ini sebagai penghargaan kepada peminat yang setia sejak musim pertama. Malah, mereka optimis drama ini akan mencetuskan lebih banyak reaksi hangat dan perbincangan di TikTok.

@tiktokdramamalaysia Episode 1 Di Sebalik Permata 2 #DiSebalikPermata2 ♬ original sound – Di Sebalik Permata 2: M+Global

“Musim kedua Di Sebalik Permata adalah penghargaan kami buat semua penonton yang setia sejak episod pertama. Kami tahu ramai yang menjadi peminat watak Natasya dan Rayhan. Kali ini kami bawakan kisah yang lebih berani, lebih emosional, dan penuh kejutan. Harapan kami agar setiap episod bukan sekadar ditonton, tapi untuk dikongsikan!” kata wakil penerbit.

Untuk rekod, Di Sebalik Permata merupakan drama berbahasa Melayu pertama di TikTok Malaysia, yang mula ditayangkan pada Januari 2024. Ia menjadi tular selepas mencetuskan perbualan hangat di media sosial dan media arus perdana berkat penceritaannya yang penuh emosi dan adegan kontroversi.

Dengan jalan cerita yang sukar diduga serta pengakhiran yang dijanjikan mampu mengejutkan penonton, Di Sebalik Permata musim kedua sekali lagi membuktikan TikTok kini menjadi platform baharu dalam dunia penceritaan digital yang penuh impak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

[VIDEO] Cik B Jumpa ‘Bomoh Tulang’, Ikhtiar Cara Kampung Mahu Cepat Sembuh

Cik B rawat lutut cara kampung, jumpa bomoh tulang

Trending Thu, 14 Jun 2018

Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Duit RM 128,300 Lesap

Kejadian yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang itu bermula apabila suspek mengaku ingin memberikan mangsa berusia 20 tahun itu hadiah berupa baju, basut, beg tangan, emas putih, minyak wangi, telefon bimbit, gelang tangan, jam tangan, barang kemas dan mata wang asing bernilai USD28,000, sebagai tanda perkenalan.

Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Trending Mon, 28 Jan 2019

8张「拍得好不如时机正巧」的神照

当你看到一些很不寻常的事情发生在眼前时,当下立即的反应,大概是神速抓起手机,咔嗒一声拍下照片来,有时很有意思的画面就这样产生了!

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Featured Tue, 31 Dec 2024

Hannah Delisha Tak Tolak Tawaran Berlakon Jadi Penyondol – “Tak Semestinya Yang Berhijab Kena Bawa Watak Baik Je”

”watak penyondol ni, it’s beyond my control dan it’s up to stesen tv’ – Hannah Delisha

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
error: Content is protected !!