Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 11:51am

Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

Penyanyi, Amira Othman, akhirnya bakal merealisasikan impian untuk mengadakan showcase pertamanya yang dijangka berlangsung Ogos depan selepas lebih 10 tahun mewarnai industri muzik tanah air

Lebih menarik, acara bersejarah itu akan dianjur dan diuruskan sepenuhnya oleh Fattah Amin Management, sekali gus memberi suntikan semangat buat penyanyi berusia 31 tahun itu.

“Perancangan masih berjalan dan insya-Allah, showcase ini akan direalisasikan dengan kerjasama Fattah Amin Management. Ini adalah kolaborasi antara kami dan buat masa ini, kami masih mencari masa sesuai untuk duduk berbincang lebih lanjut,” katanya.

Amira ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Dalam Sujudku yang berlangsung di ibu kota pada Selasa lalu.

Menurut pelantun lagu Hati Hati itu, impian untuk mengadakan showcase sudah lama terpendam, namun Amira mengakui dirinya kurang keyakinan membuatkan niat tersebut sering terbatal.

“Dah lama saya teringin nak buat showcase sendiri, cuma sebelum ini saya risau tiada yang datang. Tapi dengan sokongan yang ada sekarang, saya lebih yakin. Insya-Allah kalau tiada aral, Ogos nanti jadi kenyataan,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan syarikat pengurusan Fattah Amin, Amira menjelaskan keputusan itu dibuat selepas aktor itu menunjukkan minat untuk bekerjasama.

“Pihak Fattah Amin Management sendiri yang datang ‘melamar’ selepas mereka dengar hasrat saya. Tambahan pula, mereka ada pengalaman anjurkan showcase sebelum ini, jadi saya rasa lebih yakin bila ada pasukan yang berpengalaman.

“Saya pun terus setuju sebab kalau buat sendiri, memang saya kurang berani,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Rasa Nak Merisik…” – Netizen Teruja Ibu Fattah Amin Semakin Mesra Dengan Amira Othman

Artikel Berkaitan: Amira Othman Akui Fattah Amin Antara Lelaki Paling Rapat

Artikel Berkaitan: Amira Othman Dipuji ‘Humble’, Netizen Komen: “Bagus Kak Ya, Rumah Besar Gila, Parking Pun Macam Padang Bola”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Aug 2021
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Hiburan Wed, 6 Aug 2025

Lebih 1,000 Orang Datang Temuduga Kerja, Isteri Aliff Syukri Terharu

Shahida terharu lebuh 1,000 orang datang, ucap tahniah pada yang berjaya

Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Trending Fri, 18 Oct 2019

Tahniah! Ini Pemenang Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2

Lebih style dan urban, dapatkan Huawei Watch GT 2 sekarang!

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Che Ta Tak Nak Kongsi Zain!

Apa cerita pulak ni?

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
error: Content is protected !!