Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 15, 2020 @ 5:25pm

“Dulu Baju Saya Jadi Kek, Kuih & Minuman, Sekarang Netizen ‘Lock’ Barang Di Kabinet Pula” – Ismail Sabri

Walaupun masih menjalani tempoh kuarantin di rumah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long ini sering sahaja mencuri perhatian netizen.

Kali ini, barangan koleksi peribadi yang terdapat di kabinet rumah beliau yang juga dijadikan sebagai latar belakang bagi sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi topik hangat netizen.

Netizen siap lock topi keledar

Rata-rata netizen turut menggunakan perkataan lock untuk membida barangan koleksi peribadi beliau termasuklah, topi keledar, keris, tengkolok, baju dan banyak lagi.

Selain topi keledar, ada juga segelintir netizen yang siap peka dengan susunan barang-barang yang terdapat di kabinet beliau.

Siap suruh Pak Long ‘tepi sikit’

Pelbagai karenah dan komen netizen yang mencuit hati sehinggakan ada yang meminta Pak Long untuk ‘tepi sikit’ kerana menghalang pandangan mereka untuk melihat koleksi barang peribadi beliau yang dianggap rare itu.

Pak Long kagum idea kreatif netizen

Menyedari komen mencuit hati dari netizen, Ismail Sabri turut memuat naik posting di akaun instagram miliknya hari ini.

” Dulu baju saya jadi kek, kuih dan minuman. Kini ‘lock’ barang-barang di kabinet saya.

” Terima kasih kepada semua netizen yang sentiasa peka dengan sidang media saya. Terima kasih kepada semua netizen yang sentiasa menceriakan dan membuat saya gembira,” katanya.

Justeru itu, beliau mengagumi idea-idea kreatif netizen yang sentiasa menjadikan tempoh PKPB ini tidak ‘bosan’.

ARTIKEL BERKAITAN : Disamakan Dengan Juadah Enak Dan Pemanis Mulut Di Bulan Ramadan, Baju Batik Ismail Sabri Curi Perhatian!

Sumber : Facebook, Instagram Ismail Sabri Yaakob

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

Uish sampai macam tu sekali terbawa-bawa.. Bukan senang jadi pelakon ni kan

Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?

Hiburan Tue, 3 Dec 2024
Hiburan Sat, 1 Mar 2025

Alami Mild Slipped Disc, Ayda Jebat Kini ‘Berehat’ Di Hospital – “Teruskan Doa Biar Cepat Sihat”

pelantun lagu Memerang ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Trending Thu, 6 Dec 2018

Gesekan Biola Tun Siti Hasmah Iringi Konsert Duo Jamal Dan M. Nasir. Wow!

Tun Siti Hasmah khabarnya giat menjalani latihan!

error: Content is protected !!