Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 31, 2024 @ 9:48am

Yakin Telah Selesaikan Isu Kualiti, Founder Bulan Bintang Panggil Netizen ‘Tebuk’ Stock Secara Random

Usahawan muda yang juga pengasas jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, mencuri perhatian apabila menjemput 9 orang dalam kalangan netizen sebagai tetamu istimewanya ke Private Viewing Session, baru-baru ini.

Menurutnya, ini adalah pertama kali dalam sejarah apabila dia menjemput pelanggannya secara bersemuka untuk memeriksa sendiri kualiti produk jenamanya itu.

“Pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni, tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku.

“Semalam (Selasa), aku jemput 9 orang tetamu istimewa untuk datang ke private viewing session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024.

“Aku biarkan mereka pergi ambil kotak baju di rak dan inspect sendiri,” katanya.

Perkara itu dikongsi Azzim menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzim Zahid (@meripergibulat)

 

Dalam pada itu, Azzim memaklumkan, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk memberi jaminan kepada semua pelanggan terhadap kualiti barangan keluaran syarikatnya.

Bahkan, setelah mendengar komen daripada tetamu jemputannya, dia bersyukur kerana hampir 99 peratus daripada mereka memberikan maklum balas  positif.

“Kalau tak buat macam ni, risau nanti netizen kata aku promote barang-barang yang elok, pre-selected, yang dah rancang je.

“Alhamdulillah, aku dan team sangat gembira apabila mendengar sendiri feedback baju Melayu 2024.

“Kami terima 99 peratus feedback positif daripada yang datang,” ulasnya.

Berkongsi lanjut, Azzim berkata, produk bagi tahun 2024 kali ini lebih istimewa.

Selain jahitan yang kemas dan berkualiti, Bulan Bintang juga akan tampil dengan beberapa ‘features’ terbaru.

@meripergibulat Warna-warna yang dijangka boleh pergi jauh 2024! 🫨 #bulanbintang ♬ original sound – meri yang busy

 

Sebelum ini, jenama terbabit terpalit dengan isu kualiti dan mendapat beberapa respons kurang baik pembeli.

Terkesan dengan isu terbabit, Bulan Bintang mengambil kritikan negatif sebagai cabaran untuk memberikan produk terbaik tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzim Zahid (@meripergibulat)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Apr 2020
familuv Mon, 8 Oct 2018

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Ada “nasihat” yang boleh diterima pakai, dan ada yang tak logik.

Events Tue, 14 Apr 2020
Contest Tue, 25 Sep 2018
Filem Wed, 21 Feb 2024

Fattah Amin Buat Peminat Menangis, Watak Yusuf Jadi Buruan Di Indonesia

Fuh, lain macam penangan Fattah dekat Indonesia 🤩

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Featured Wed, 1 Mar 2023

Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Min pun tak tengok lagi citer ni, tapi klip tu dah tengok lah… 🙂

Trending Tue, 30 Jun 2020
error: Content is protected !!