Euforia Bola 2026
Filem By: Fatin Nurain February 21, 2024 @ 6:47pm

Fattah Amin Buat Peminat Menangis, Watak Yusuf Jadi Buruan Di Indonesia

Pelakon Fattah Amin mengakui terkejut apabila mengetahui watak yang dijayakannya menerusi filem seram Indonesia, Trinil: Kembalikan Tubuhku tular di negara itu.

Fattah telah memainkan watak sebagai Yusuf yang merupakan seorang psikiatri dan pawang menerusi filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal negara itu, Hanung Bramantyo.

Menurut Fattah, dia tidak sangka watak itu mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi peminat cerita seram di sana.

“Sebenarnya kejadian itu bermula ketika salah seorang pelakonnya, Rangga Nattra buat tour dari pawagam ke pawagam.

“Kemudian ada seorang peminat ni datang dan menangis kerana tidak berpuas hati dengan penamat cerita itu.

“Selepas kejadian tersebut saya dipertemukan dengan peminat tersebut. Namun dia masih menangis kerana terkesan dengan watak Yusuf itu,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fattah ketika ditemui di majlis Tayangan Perdana filem Trinil: Kembalikan Tubuhku, di Pavilion Bukit Bintang, hari ini.

Selain mendapat komen positif, Fattah juga menyatakan rasa terharu kerana bakatnya mula disedari oleh peminat filem di sana.

“Saya tak sangka watak Yusuf itu mampu membuat penonton menangis. Bila bertemu dengan peminat tersebut terus dia happy.

“Ramai juga yang suka dengan watak yang saya bawakan itu. Dari komen-komen yang saya baca pun, review dari Youtube ramai yang suka.

“Mungkin sebab mereka tidak pernah tengok saya. Filem ini pula diarahkan oleh pengarah yang terkenal. Mungkin sebab itu juga mereka rasa watak yang saya bawa tu menarik,” jelasnya.

Selain Fattah, filem ini turut dibintangi oleh barisan artis Indonesia ternama seperti Carmela Van Der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers, Elly D. Luthan.

Orang ramai boleh mula menonton filem terbitan syarikat Seven Skies Motion dan Dapur Film itu di seluruh pawagam, pada 22 Februari ini, esok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 May 2025

Guna AI Bayang Diri Hamil, Sweet Qismina Luah Hasrat Bergelar Ibu

Sweet Qismina sentuh hati ramai guna AI bayang diri hamil

Featured Thu, 5 Jan 2023

Nas Ahmad Terjah Diuji Masalah Jantung – “Ya Allah! Lainnya Dia Sekarang”

Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik

Featured Thu, 21 Oct 2021

“Sebagai Seorang Wanita, Saya Juga Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Ayah” – Anak Fauzi Nawawi Mohon Hentikan Cacian & Makian

Anak perempuan kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha meminta netizen untuk berhenti memberikan cacian terhadapnya dan ahli keluarga. Melalui status yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Hanna yang merupakan seorang model muslimah dengan rendah […]

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Thu, 27 Jun 2024
error: Content is protected !!