Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2025 @ 8:33pm

“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

“Kami yang kumpulkan mereka dan buat sesi uji bakat”.

Demikian respons komposer dan penerbit, Man Senoi dan isterinya, Mama Rap yang mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran  konsert kumpulan hip hop popular 90-an iaitu  4U2C.

Memetik laporan Harian Metro,  pemilik hak cipta lagu-lagu 4U2C itu AC berkata, mereka sepatutnya dimaklumkan mengenai perkara ini kerana mempunyai hak sepenuhnya terhadap lagu-lagu mereka.

“Kami yang kumpulkan mereka dan buat sesi uji bakat. Sebelum itu mereka menyanyikan lagu rock.

“Mereka tandatangan sebagai artis di bawah syarikat kami, Zman Production.

“Apabila dah cukup semua tujuh anggota, kami mula mencari syarikat rakaman tapi tak diterima dan tanya boleh jual ke konsep rap,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Man Senoi dan isterinya, Mama Rap juga memaklumkan, mereka terpaksa hidup susah demi membayar kos latihan dan publisiti kumpulan 4U2C pada ketika itu.

“Jual rantai emas untuk buatkan baju mereka, nak bayar kos latihan mereka.

“Hidup kami sangat ‘struggle’. Kami buat publisiti awal di akhbar dan peminat dah mula menggilai 4U2C.

“Jual rantai emas untuk buatkan baju mereka, nak bayar kos latihan mereka,” jelasnya.

25 lagu popular 4u2c adalah hak milik Zman Production

Oleh itu, Man Senoi mempersoalkan bagaimana 4U2C hendak mengadakan konsert jika 25 lagu merangkumi lagu-lagu popular adalah hak milik Zman Production.

“Jangan cuba nak main api. Ini bahaya. Nanti kasihan perniagaan itu tak jadi. Tiket tak laku dan beberapa benda lagi, tak tahulah. Memang ini kebenaran. ‘Track’ itu kita yang bayar duit. Kita yang bayar produksi semua.

“Kalau nak buat, buat betul-betul. Bukan kita larang kamu pakai, tapi kita tak nak kamu memperkotak-katikkan hak cipta.

Jelasnya lagi, semua 25 lagu itu hak milik mereka sepenuhnya dan anggota 4U2C tidak mengeluarkan apa-apa kos pun.

“Mereka cuma artis. BMG juga tak keluarkan duit. Jangan nak buruk-buruk pasal royalti kerana semua tu kita dah bayar terus kepada BMG untuk bayar mereka.

“Nak buat konsert kena ambil permit. Ambil betul lagu itu dah dapat hitam putih. Dah dapat kelulusan daripada MACP dan syarikat rakaman. Itu yang betulnya,”ujarnya.

Bagaimanapun, Man Senoi dan isterinya terbuka untuk sebarang perbincangan lanjut dengan penganjur yang akan disertai dengan peguam.

“Dengan budak-budak ini kita tak nak bercerita apa-apa. Budak-budak ini bukan dia bodoh. Umur semua dah 50 tahun lebih. Tapi kita nak, apa yang kita nak buat sekarang, buatlah benda betul-betul.

“Jangan buat lebih kotor. Dahlah nama kotor kau tinggalkan kita. Kita tak akan setuju kalau kau buat sendiri tanpa kebenaran kita. Saya akan berjuang sepanjang masa untuk tegakkan hak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:4U2C Kembali Dengan Konsert Hip Hop, Angkat Tema ‘Bringin Back Da 90’s Flava’

Sumber/kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Hiburan Mon, 2 Oct 2023

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Alamak, apa maksud Nilam ni? Kifarah dalam bentuk macam mana Ira kena tu? 😌

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Dididik Penuh Kasih, Tapi Jadi Pemberontak? Puteri Balqis Bawa Watak Remaja ‘Lari Dari Rumah’ Dalam Anugerah Tanpa Cahaya

Menurut Puteri Balqis, watak Husna sebenarnya menggambarkan seorang remaja yang sedang mencari arah hidupnya.

Trending Sun, 7 Jan 2024

Dalam Tempoh 5 Bulan, Kawasan Hijau di Makkah Bertambah 600%

Wahh… dahulu tandus, kini makin subur!

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Teruja Bergambar Dengan Lee Min Ho, Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Sebenar – “Hampir Buka Silat Mat Kilau!”

Ini rupanya yang jadi masa Siti Nurhaliza nak selfie dengan oppa Lee Min Ho 🤣 Haih Heloknyaaaa Oppa Saranghaeee

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Adriana Adnan Hanya Mahu Kongsi Pengalaman Sebagai Pelanggan Pasar Malam, Bukan Perlekeh Peniaga

Adriana Adnan hanya mahu berkongsi pengalaman sebagai pelanggan dan bukan untuk memperlekeh peniaga.

Hiburan Mon, 13 May 2019

Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati.

error: Content is protected !!