Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 5, 2023 @ 3:41pm

Didakwa Biadab Terhadap Pekerja Hotel, Tya Ariffin Mohon Maaf – “Sebagai Manusia Kita Jauh Dari Sempurna…”

Selebriti dan usahawan, Tya Ariffin tampil memohon maaf susulan dia dan suaminya, Asyraf Khalid yang didakwa biadab terhadap pekerja di sebuah hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Acah Baik, Individu Dakwa Tya Arifin & Asyraf Khalid Biadab Dengan Staf Hotel?

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, ramai yang menghantar mesej-mesej positif kepada Tya dan mempunyai pengalaman yang baik dengannya.

“Tya nak ucapkan terima kasih banyak atas komen-komen positif dari kawan-kawan dan my lovely followers yang pernah terjumpa or tak pernah sama sekali.

“So sweetnya baca. Sampai yang terjumpa dekat event booth, terjumpa tempat konsert, mall, jalan, airport, lift pun ada, yang pernah kerja or deal, sampai yang biasa Tya order shopping online pun ada. Thank you so much for your kinds words to us,” katanya.

Pada masa sama, Tya akui sebagai manusia dia tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan akan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“But kesempatan ni juga, sebagai manusia kita jauh dari sempurna. Tya pun minta maaf kalau ada tersilap kata or tingkah laku yang tak tersengaja pada semua orang ya.

“Alright, mari kita fokus pada diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Amin pastinya Tya juga sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Amin,” ujarnya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen di hantaran Instagram Asyraf, rakan-rakan artis seperti Uyaina Arshad, Raysha Rizrose, Aznil Nawawi turut tampil menafikan pasangan ini biadab seperti yang didakwa.

Terdahulu, Asyraf juga tampil memohon maaf dan menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan mengaku dirinya bukan seorang yang maksum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukanlah Maksum” – Susulan Dituduh Biadab, Acah Baik & Alim! Asyraf Khalid Tampil Beri Penjelasan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 May 2025

Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Menurut segelintir netizen, tayangan pada tarikh yang sama adalah tidak logik.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Fri, 3 Apr 2026

“Tuduhan Ini Tidak Benar, Berunsur Fitnah” – Didakwa Punca Pasangan Selebriti Bercerai, Pihak Pengurusan Alya Iman Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Pihak pengurusan Stars Powerhouse Entertainment menegaskan bahawa dakwaan yang mengaitkan aktres naungan mereka, Alya Iman sebagai punca perceraian pasangan selebriti adalah tidak benar.

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Featured Wed, 3 Sep 2025
Trending Mon, 21 Jun 2021

Kisah Neelofa Jadi Inspirasi Bantu Pesakit Covid-19

Tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa yang menyumbang RM90,000 untuk membeli katil elektronik bagi membantu pesakit Covid-19 menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama. Baru-baru ini, Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah […]

Featured Mon, 21 Mar 2022
error: Content is protected !!