Selebriti By: Atiqah Johari July 4, 2023 @ 10:23pm

“Saya Bukanlah Maksum” – Susulan Dituduh Biadab, Acah Baik & Alim! Asyraf Khalid Tampil Beri Penjelasan

Selepas didakwa bersikap biadap dengan staf hotel di seluruh Malaysia, usahawan yang juga anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid tampil memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh seorang individu di Twitter.

Artikel Berkaitan: Dituduh Acah Baik, Individu Dakwa Tya Arifin & Asyraf Khalid Biadab Dengan Staf Hotel?

Jelas Asyraf, dakwaan yang menyatakan dia dan isteri bersikap biadab dan acah baik hanya sekadar lakonan di media sosial adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Malah, dia memaklumkan bahawa dia sudah cuba sebaik mungkin untuk berbuat baik dengan semua orang walau dimana pun dia pergi.

Tambahnya, dia tidak pernah sekalipun tidak melayan jika orang ramai mahu bergambar atau bersembang.

“Pertama sekali, bagi saya ini adalah tuduhan yang tak berasas. Kita berada dalam dunia perniagaan jadi kita tak boleh nak jangka apa tuduhan yang tak berasas, dia pesaing ataupun sesiapa sahaja.

“But for me personally, ke mana-mana saya pergi saya akan cuba sebaik mungkin untuk baik dengan semua orang. Tak pernah sekalipun orang nak ambil gambar ataupun ajak sembang saya tak layan.

“In fact, siapa yang kenal saya tahu saya ni memang suka sembang dan layan setiap golongan masyarakat dengan hormat,” kata Asyraf.

Namun begitu, Asyraf turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah tersinggung dengannya.

“Walaubagaimanapun, saya ni pun bukanlah manusia maksum mungkin ada pernah saya terkasar bahasa tapi bagi saya it is normal. Some days we have good days, some days maybe not so good.

“And saya pun masih normal. Tak mungkin saya akan marah kalau tak ada apa-apa sebab. Jadi, kalau saya pernah terkurang ajar ataupun terkasar bahasa dengan sesiapa sahaja. Saya minta maaf,” luahnya.

Dalam pada itu, Asyraf turut berasa kesal isu sebegini timbul dan akan mewujudkan pandangan yang buruk terhadapnya.

“Saya pun tak seronok bila benda macam ni keluar kerana itu akan mewujudkan persepsi buruk terhadap saya.

“Kalau ada yang pernah terjumpa saya, korang sendiri boleh menilai macam mana saya yang sebenar. Jadi, kepada semua jangan seganlah kalau terjumpa saya tegur je InsyaAllah saya akan layan semua orang dengan baik,” tuturnya sebagai penutup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 14 May 2022

“Serik Ya Allah…” – Syatilla Melvin Masuk Hospital Semula Akibat Sakit Kepala & Tulang Belakang

Bak kata Tilla penangan anak ketiga… Apapun semoga Syatilla cempat sembuh!

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Wow…Peminat Kecil Ajak Alif Satar Kahwin!

Katanya, “Saya nak kahwin dengan awak, Alif Satar”

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023

Jatuh Ketika Berlakon, Janna Nick Cedera Di Set Pengembaraan – “Nasib Bukan Hati Yang Luka”

Pelakon Janna Nick cedera ringan di lutut sebelah kiri akibat terjatuh semasa berada di lokasi pengembaraan.   View this post on Instagram   A post shared by Janna Nick (@jannanick) Menerusi perkongsian Janna di Instagram, […]

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

杨丞琳9年前后对比照惊呆网!

杨丞琳出道2000年以女团「4 in love」出道,现年33岁的她,仍保持少女般稚嫩外貌,近来她晒出9年前后的对比照,连自己看了都忍不住惊呼:「我真的很冻龄,My god!」

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Tak sabar nak dengar single terbaru OAB, mesti lagi syahdu!