Events By: Salma Syahbuddin December 13, 2023 @ 9:39am

Gegarkan Pulau Pinang! Konsert Wali Band ‘Cari Jodoh & Dawai’ Tampil Line Up Artis Popular Dua Buah Negara

Setelah kejayaan luar jangkaan dan memberangsangkan konsert ‘Jujur Takkan Melupakanmu, Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)’ pada November lalu yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, pihak Orange International kembali untuk menghiburkan penduduk Pulau Pinang  dengan Konsert Wali Band ‘Cari Jodoh & Dawai’ bermula 3 Februari depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Orange International, Datuk Mohd Fadzli idrus berkata, konsert ini diadakan bagi memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi
serta aktiviti pelancongan dalam negara.

“Setelah kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, OI sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia, Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang.

“Alhamdulillah, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, pihak Orange International (OI) terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara,” katanya.

Selain Wali Band, konsert ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular Indonesia dan Malaysia iaitu, Fadhilah Intan yang kini popular menerusi lagu ‘Dawai, Khai Bahar dan Saixse.

Difahamkan, konsert yang baakl berlangsung selama dua jam ini bakal diserikan dengan persembahan 13 sehingga 15 buah lagu dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang di uar-uarkan pihak kerajaan Pulau Pinang.

Sekadar info, konsert Wali Band ‘Cari Jodoh & Dawai’ ini bakal diadakan pada 3 Februari 2024, pada jam 8.30 malam bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, boleh lah layari laman rasmi ticket2u di  ticket2u.com.my/walipenang atau talian hotline 011-1133 7638.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 19 Mar 2019

Reza Rahadian Tak Paksa Badan Kerja Lebih Masa

Kalau double job, aduh gak sanggup…

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Featured Tue, 12 Apr 2022
Trending Mon, 23 Nov 2020
Featured Thu, 10 Nov 2022
Featured Sat, 5 Feb 2022
Featured Tue, 10 Apr 2018

7 Kawasan Di Dunia Yang Sesiapa Pun Tak Boleh Lawat, No. 3 Paling Ngeri

Kebanyakan tempat di dunia ini memang terbuka untuk pelancong, tapi ada beberapa kawasan larangan yang memang dikawal ketat.