Featured By: Aqilah Paharuzi April 12, 2022 @ 1:45pm

Rita Rudaini Kongsi Momen Sebak Hantar Anak Ke MRSM – “Anak Dibesarkan Ibu Tunggal, Berjaya Melangkah Setapak Ke Depan”

Pelakon jelita, Rita Rudaini berkongsi rasa sebak selepas menghantar putera sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok itu memaparkan momen seorang ibu yang memeluk erat anaknya serta nampak sangat berat hati untuk berjauhan dengan cahaya mata pertamanya.

Menurut pelakon Mami Jarum itu, dia tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu dan mengakui berhadapan perasaan bercampur baur sedih serta gembira melihat pencapaian gemilang anaknya itu.

“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni.

“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tak pernah berenggang, hari ini kami berjauhan,” tulisnya.

Tambah Rita yang juga bekas isteri kepada penyerang Johor Darul Tadzim (JDT), Aidil Zafuan Radzak itu mengakui sedih melihat anaknya itu dibesarkan oleh ibu tunggal namun turut terharu Airit mengorak langkah baharu.

“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke depan.

“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” ujarnya.

@ritrud727

Sy ibu yg normal…rasa sakit,rasa pedih itu dah biasa…mcm mana hujan lebat hari ni mcm tau deras nya airmata sy harini…airmata gembira bercampur dgn sebuah rasa…rasa itu adalah rasa cinta..syg..rindu..kami tidak pernah berenggang…harini kami berjauhan….mommy sedih sampai dada sakit dlm pd masa yg sama mommy gembira dgn anak yg hanya di besarkan oleh ibu tunggal,melangkah setapak lg ke hadapan…mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu 🤍 fly high Airit Rayyan Rizqin..

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang turut berbangga melihat kejayaan Airit serta sempat menitipkan ucapan tahniah kepada Rita kerana berjaya mendidik anaknya seorang diri sehingga melayakkan diri ke sekolah berprestij.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa tidak senang terhadap bekas suami Rita kerana dipercayai menjadi seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kepada anaknya itu.

Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34 berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah pada September 2013.

Hasil perkahwinan pasangan ini mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Hiburan Tue, 11 Sep 2018
Featured Sat, 14 Jan 2023

Kongsi Tip Untuk Bahagia, Puteri Sarah Akui Sabar & Tenang Hadap Ujian Tuhan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi tip mencari bahagia ketika dirinya diuji oleh Tuhan. @faiznurzin #fyp #faiznurzin #tiktokmalaysia #kekuatan #kesabaran #ketenangan #puterisarahliyana ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @faiznurzin di TikTok, […]

Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Trending Fri, 6 Nov 2020