Featured By: Atiqah Johari November 10, 2022 @ 11:17am

[VIDEO] Gusar Roh Hilang Bila Salam Suami, Amyra Rosli Buat Netizen Gelak Besar, Siap Bertukar Jadi…

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai video seorang individu yang dikenali sebagai Ustazah Afifah membuat kenyataan bahawa jika bersalaman dengan artis akan menyebabkan seseorang itu kehilangan roh dan jiwa.

Susulan itu, ramai artis memberi pelbagai reaksi mengenai kenyataan tersebut termasuk pelakon jelita, Amyra Rosli.

Menerusi video yang dimuat naik Amyra, dia dilihat gusar dengan kenyataan ustazah tersebut kerana suaminya adalah seorang artis iaitu pelakon Ammar Bahrin.

“Adakah lepas ni saya tak boleh bersalaman dengan suami saya?

“Saya takut hilang roh, hilang jiwa sebab suami saya artis,” seloroh Amyra.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kegusaran yang dihadapi Amyra ditambah pula menggunakan filter ‘Ferrero Rocher’.

Lebih mencuit hati, ada segelintir warganet menyatakan bahawa mereka risau roh dan jiwa pasangan tersebut tertukar kerana masing-masing adalah artis.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 130,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

JUN JI HYUN GIVES BIRTH TO SECOND BABY BOY

Famous Korean actress Jun Ji Hyun gave birth to a beautiful healthy baby

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Fify Azmi Terkejut Dituduh Punca Rashidi-Vanidah Bercerai

Ketika saya dan abang Shidi menjalani penggambaran klip video produk berkenaan, mereka sudah bercerai…

Featured Mon, 13 May 2019

Cara mengqada puasa Ramadan dan membayar fidyah yang ramai keliru  

5 sebab membolehkan seseorang itu dikecualikan daripada berpuasa

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Featured Thu, 28 Jul 2022
Featured Mon, 5 Sep 2022

[VIDEO] Zarul Umbrella Kecewa Pramugari Bagi Influencer 1 Beg Kacang

Haa influencer mana tu? Buat kerja tak clean eh

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Terima Kasih Kerana Sudi Membantu Saya !

Te“SAYA terfikir juga, apa yang saya sudah buat sampai orang sanggup nak derma buah pinggang mereka?