Featured By: Fadzlena Jafar May 13, 2019 @ 5:00pm

Cara mengqada puasa Ramadan dan membayar fidyah yang ramai keliru  

Puasa pada bulan Ramadan wajib dilakukan oleh individu yang sudah akil baligh, tetapi dalam keadaan tertentu ada alasan yang membolehkan seseorang itu dikecualikan daripada berpuasa.

Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fariza Md Sham, berkata meskipun berpuasa pada bulan Ramadan adalah wajib, beberapa keadaan membenarkan seseorang itu untuk meninggalkan puasa.

“Antara keadaan yang membolehkan seseorang itu tidak berpuasa adalah seperti wanita yang datang haid atau dalam keadaan nifas, wanita hamil dan juga wanita yang menyusukan bayi.

“Selain itu, orang yang musafir dan uzur atau sakit juga dibenarkan untuk tidak berpuasa, malah orang yang berada dalam keadaan yang memerlukan dia menyelamatkan orang lain daripada kemusnahan seperti berperang juga boleh tidak berpuasa,” katanya.

qada puasa

Prof Dr Fariza Md Sham. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.

Orang yang meninggalkan puasa wajib atasnya mengqada atau menggantikan puasa berkenaan berdasarkan jumlah hari yang ditinggalkan.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa antara 2 Syawal selepas Ramadan sebelum melepasi Ramadan berikutnya

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Pengajian Islam UKM berkata, dalam keadaan tertentu, individu yang meninggalkan puasa bukan saja perlu menggantikan setiap hari puasa yang ditinggalkan, tetapi juga membayar fidyah.

“Fidyah ialah memberi makan seorang miskin bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan atas sebab tertentu atau sengaja melewatkan ganti puasa pada tahun itu sehingga bertemu dengan Ramadan berikutnya.

“Hukum membayar fidayah adalah wajib dan perlu digantikan berdasarkan jumlah hari yang ditinggalkan. Bagi yang sengaja atau tidak berkesempatan untuk mengganti puasa antara 2 Syawal hingga bertemu Ramadan berikutnya, maka dia perlu menggandakan bayaran fidyah itu,” katanya.

Pembayaran fidyah adalah berasaskan satu cupak makanan ruji negeri terbabit dan perlu diberikan kepada orang miskin yang tidak mempunyai pertalian darah dengan pemberi.

Kaedah pembayaran fidyah:

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X  1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

Selain fidyah, kafarah pula bermaksud penebusan dosa iaitu dalam keadaan tertentu orang yang meninggalkan puasa seperti kerana melakukan hubungan intim (persetubuhan) pada bulan Ramadan, maka wajib mengganti puasa selama dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang miskin.

Kafarah: Jumlah hari tidak berpuasa X 2 bulan berturut-turut  

ATAU

         Jumlah hari tidak berpuasa X beri makan 60 orang miskin

Prof Fariza berkata, pemberian fidyah atau kafarah dengan memberi makan kepada orang miskin adalah membabitkan fakir miskin seperti anak yatim dan tiada hubungan saudara dengan pemberi.

“Orang miskin dalam konteks ini mestilah tidak mempunyai pertalian darah dengan pemberi dan lebih baik diberikan kepada orang miskin yang berada di lokasi yang jauh daripada pemberi bagi mengelakkan diberi kepada mereka yang mempunyai hubungan saudara, sebaik-baiknya anak yatim.

“Selain itu, makanan ruji itu mestilah dalam keadaan asal atau mentah dan tidak boleh dimasak untuk diberikan kepada fakir miskin,” katanya.

Bagaimanapun, bagi suami isteri yang merosakkan puasa kerana melakukan hubungan intim, mereka perlu menggantikan puasa seperti berikut:

Isteri: Hanya perlu menggantikan puasa yang terbatal dan tidak perlu membayar fidyah

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Tidak perlu

Suami: Suami dianggap punca kepada kerosakan puasa, maka dia perlu melakukan perkara berikut iaitu menggantikan puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin. Ini berdasarkan ketetapan pada zaman Rasullulah dulu yang menetapkan jika seorang lelaki melakukan persetubuhan pada bulan Ramadan, maka dia perlu melakukan kafarah seperti berikut:

  1. Memerdekakan seorang hamba, atau
  2. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak mampu memberi makan 60 orang miskin
  3. Jika suami berkenaan tidak mampu memberi makan 60 orang miskin, maka pihak lain yang berkemampuan boleh membantu dengan menyedekahkan kepada lelaki berkenaan bagi memberi makan 60 orang miskin

Dalam hubungan ini, jika seseorang lelaki itu, melakukan hubungan intim pada bulan puasa lebih daripada sehari, maka dia perlu menggandakan kafarahnya dan qada’ puasa yang ditinggalkan. Contohnya, hubungan intim 2 hari maka, wajib dua kafarah dan qada’ puasa yang ditinggalkan.

Antara perkara yang menyebabkan seseorang dikecualikan daripada berpuasa dan perlu membayar fidyah

1. Datang haid atau dalam keadaan nifas

Bagi wanita yang datang haid, mereka perlu menggantikan setiap hari yang ditinggalkan antara 2 Syawal hingga ke Ramadan berikutnya.

Bagaimanapun, ada wanita yang tidak dapat menggantikan jumlah hari puasa yang ditinggalkan atas pelbagai alasan, antaranya beliau didapati hamil, sakit berterusan, berada di medan perang atau bekerja yang menyukarkan untuk mereka menggantikan puasa.

Dalam hubungan ini, mereka perlu menggantikan jumlah hari puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyah seperti perkiraan berikut:

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X  1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

2. Wanita hamil

qada puasa

Wanita hamil dikecualikan daripada berpuasa atas sebab tertentu. Gambar Hiasan

Bagi wanita hamil, ada dua faktor yang perlu diambil kira, iaitu:

a. Sekiranya dia berbuka kerana bimbang boleh memudaratkan dirinya, seperti ternyahhidrat atau sakit kepala yang teruk, maka dia hanya perlu menggantikan puasa dan tidak perlu membayar fidyah

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Tidak perlu

b. Sekiranya berbuka kerana bimbang akan menjejaskan kandungan seperti keadaan fetus yang lemah atau mungkin boleh menyebabkan keguguran, maka wajib mengqada puasa dan bersedekah, iaitu membayar fidyah antara 2 Syawal hingga sebelum Ramadan berikutnya.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X 1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

3.  Ibu yang menyusukan bayi

qada puasa

Wanita yang menyusu bayi juga harus meninggalkan puasa pada bulan Ramadan. Gambar hiasan

Wanita yang menyusukan bayi terpaksa berbuka puasa kerana bimbang keadaan bayinya tidak cukup susu kerana hanya menyusu badan, maka wajib baginya menggantikan puasa dan membayar fidyah antara 2 Syawal hingga sebelum Ramadan berikutnya.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X 1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

4. Bagi menyelamatkan orang lain

Bagi mereka yang mungkin berada di medan perang dan perlu menyelamatkan orang lain daripada kemusnahan, maka wajib baginya menggantikan jumlah hari puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyah secupak makanan ruji bagi setiap hari berkenaan antara 2 Syawal hingga sebelum Ramadan berikutnya.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X 1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

5. Musafir

Bagi mereka yang bermusafir, harus baginya untuk meninggalkan puasa dengan syarat perjalanan ke luar daerah yang membolehkan dia mengqasar solat. Maka dia perlu qada puasa yang ditinggalkan. Sekiranya dia melelengah-lengahkan mengqada sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya, maka dia wajib qada dan membayar fidyah secupak makanan ruji bagi setiap hari berkenaan antara 2 Syawal hingga sebelum Ramadan berikutnya.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X 1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

6. Uzur

qada puasa

Sakit ketika Ramadan juga antara faktor yang membolehkan seseorang itu meninggalkan puasa. Gambar hiasan/NSTP

Bagi individu yang tidak berpuasa atas alasan uzur yang berterusan, maka sekadar hanya menggantikan puasa dan tidak perlu membayar fidyah. Sekiranya dia tidak dapat menggantikan puasa pada tahun itu dan masuk ke Ramadan tahun berikutnya, dia hanya perlu menggantikan puasa dan tidak perlu membayar fidayah kerana melewatkan mengganti puasa.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa

Fidyah: Tidak perlu

Bagi individu yang uzur berterusan, dan meninggal sebelum sempat menggantikan puasa, maka tidak wajib puasanya diganti oleh walinya.

Qada puasa: Tidak perlu

Fidyah: Tidak perlu

Jika dia tidak berpuasa kerana uzur berterusan dan kemudian sembuh iaitu mampu menggantikan puasa, tetapi meninggal dunia sebelum sempat menggantikan puasanya, maka disunatkan walinya untuk menggantikan puasa berdasarkan jumlah hari yang ditinggalkan.

Tetapi, wali perlu membayar fidyah bagi pihak si mati dan dikeluarkan daripada harta pusakanya sebelum Ramadan berikutnya.

Qada puasa: Jumlah hari tidak berpuasa (sunat atas wali)

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X 1 cupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

Bagi individu yang uzur berterusan dan tiada harapan sembuh, maka cukup dengan membayar fidyah (Surah al-Baqarah ayat 184)

Qada puasa: Tidak perlu

Fidyah: Jumlah hari tidak berpuasa X secupak beras (nilai semasa 1 cupak) X tahun

 

Maksud qada puasa: Menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan

Maksud fidyah: Fidyah dalam konteks puasa ialah memberi makan orang miskin/fakir

Maksud kafarah: Penutup kesalahan (dosa)

Maksud kifarat: Denda kerana melanggar hukum atau peraturan tertentu

Sumber: Kamus Dewan

Artikel berkaitan: https://www.hijabnheels.com/posts/tidak-ingat-sama-ada-anda-sudah-mengganti-puasa-atau-belum-lakukan-perkara-ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

familuv Wed, 28 Aug 2019
Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Featured Thu, 9 Dec 2021

“Peh, Baru 8 Hari Dah Cergas!” – Netizen Kagum Dengan Wawa Zainal Lawat Pejabat Ketika Berpantang

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menyambut anak mereka yang keempat pada 30 November lalu. Biarpun masih dalam tempoh berpantang, aktres berusia 30 tahun itu tampil bertenaga melawat pejabatnya. Wawa yang juga […]

Featured Wed, 2 Feb 2022

Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

Tak senua perkara boleh di share kat public okay!

Featured Wed, 16 Jun 2021

Bacaan Yasin Serentak Di TV3 Pecah Rekod, Raih 1.3 Juta Penonton

Siaran program bual bicara, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada 1 Jun lalu di TV3 berjaya meraih 1.3 juta penonton, siaran itu membawakan bacaan Yasin serentak bagi mendoakan kesejahteraan rakyat berdepan penularan pandemik COVID-19. Segmen yang […]