Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 7, 2026 @ 2:06pm

Larrie Anak Malaysia Tampilkan Destinasi Menarik Serta Kekayaan Budaya Tempatan

Mengangkat tema ‘Larrie, Anak Malaysia for Visit Malaysia 2026’, jenama fesyen dan kasut tempatan itu mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre sebagai tanda sokongan terhadap kempen Tourism Malaysia dan Visit Malaysia 2026.

Majlis itu menjadi simbol kerjasama strategik antara jenama tempatan dan agensi pelancongan negara dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global pilihan, sekali gus memperkenalkan keunikan negara kepada dunia.

Menurut Pengarah Pemasaran Larrie, Lenson Chong, kerjasama itu bertujuan mengetengahkan destinasi menarik serta kekayaan budaya Malaysia melalui semua cawangan dan platform dalam talian jenama tersebut.

Selain ia adalah langkah penting untuk Larrie dan Tourism Malaysia menjayakan kempen ‘Discover Malaysia’s Hidden Gems with Larrie’.

 

Terima ribuan penyertaan

Menerusi majlis iftar itu juga, pihak Larrie turut mengumumkan penganjuran pertandingan tahunan ‘Travel With Larrie’ yang menawarkan peluang memenangi pakej percutian tajaan penuh.

Inisiatif yang diperkenalkan sejak tahun lalu itu menerima ribuan penyertaan dan akan diteruskan setiap tahun bagi merancakkan sektor pelancongan serta meningkatkan penglibatan pelanggan terhadap jenama berkenaan.

Bukan itu sahaja, penyampaian anugerah khas termasuk TikTok Excellence Award dan Larrie Top Sales Performance Award dianjurkan sebagai penghargaan kepada individu serta komuniti yang menunjukkan prestasi dan penglibatan cemerlang bersama jenama berkenaan.

Sebagai inisiatif kerjasama bersama Tourism Malaysia, majlis iftar tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan seperti gamelan dan tarian zapin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Jan 2021

“Kes Paling Tinggi” – Sistem Kesihatan Kini Di Tahap Genting, KKM Cadang PKP Bersasar Di Kawasan…

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan  sebanyak 2,593 kes baru Covid-19 sekaligus menjadikan kes tertinggi pernah direkodkan di Malaysia.  Bimbang dengan situasi tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato Sri Dr Noor Hisham mencadangkan PKP secara […]

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Suami Miera Leyana Didakwa Muflis, Tak Boleh Keluar Negara?

Suami Miera Leyana didakwa muflis dan tak boleh keluar negara

Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Mon, 27 Jan 2020

Kobe Bryant Dan Anak Maut Dalam Nahas Helikopter

Dunia kehilangan seorang lagenda!

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Makin Kurus… Nafi Putus Cinta, Yazmin Aziz Bahagia LDR Dengan Kekasih

Penyanyi Yazmin Aziz tampil menafikan dirinya kini sudah putus cinta dek kerana penampilannya yang semakin kurus. Menurut Yazmin, dia menganggap perubahan bentuk badannya itu adalah sebahagian daripada usahanya membuat ‘work out’. “Saya ada juga dapat […]

Featured Thu, 30 Sep 2021
error: Content is protected !!