Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 2, 2023 @ 12:40pm

Tak Lagi Berselindung, BCL Sambut Raya Berpakaian Sedondon Dengan Kekasih Hati Curi Perhatian Ramai

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dikhabarkan telah menemui kekasih hati baru setelah timbul beberapa gossip bersama jejaka dikenali sebagai Tiko Aryawardhana.

Terkini, berdasarkan perkongsian di Instagram, Bunga atau lebih mesra disapa sebagai BCL berkongsi foto-foto ketika menyambut perayaan Aidilfitri di kediamannya.

Dalam hantaran tersebut BCL memuat naik gambar yang disunting dalam ‘collage’, memaparkan foto-foto berpakaian sedondon bersama keluarga.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, BCL berkongsi foto berdama Tiko, yang dilihat turut berpakaian sedondon bersama pelantun lagu Cinta Sejati itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat BCL tertumpu kepada foto tersebut yang telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Sebelum ini, gosip mengenai hubungan cinta mereka menjadi perhatian ramai setelah tular video sambutan hari jadi BCL yang turut dihadiri oleh Tiko.

Bukan itu sahaja, pemilik lagu Wanita Terbahagia ini juga menyambut ulang tahunnya secara ‘intimate’ bersama Tiko.

Artikel Berkaitan: “Itu Pacar Barunya?” – Sambut Birthday Ke-40 Di Pusat Hiburan, Gelagat Mesra BCL Bersama Tiko Aryawardhana Jadi Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: BCL Pilih Duda Anak Tiga Jadi Pengganti Ashraf Sinclair

Sekadar info, Tiko merupakan petugas dibahagian kewangan di salah sebuah perbankan terkemuka di Indonesia.

Terdahulu, kisah kehidupan BCL tular selepas dia kehilangan suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair yang juga seorang artis popular dari Malaysia pada 18 Februari 2020.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Aiden Sinclair,13.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Thu, 20 Feb 2020

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian!

Trending Tue, 14 Nov 2017

æŻćčŽ11月11æ—„äžŠćˆ11ç‚č11ćˆ†ïŒŒé˜łć…‰äŒšæ­ćŒ€çșȘćż”çą‘éšè—çš„ć„„ç§˜ïŒïŒˆćœ±ç‰‡ïŒ‰

çŸŽć›œäșšćˆ©æĄ‘那淞äžșäș†çșȘćż”é€€äŒć†›äșșç‰čèźŸç«‹äș†é€€äŒć†›äșșçșȘćż”çą‘ïŒ›ç„¶è€ŒïŒŒèż™äș”äžȘçșȘ濔繑慚ćčŽ364ć€©éƒœć€„äșŽâ€œäžćꌿ•Žâ€çŠ¶æ€ïŒŒćȘæœ‰ćœšćŻč的时æœșïŒŒæ‰èƒœæ­ćŒ€ć…¶äž­çš„ć„„ç§˜ă€‚

Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Trending Thu, 28 Dec 2023

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Semoga Bella ditemui dalam keadaan selamatđŸ€ČđŸ»

error: Content is protected !!