Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 28, 2023 @ 11:42am

Misteri Ibu Tunggal Hilang, Kakak Mangsa Syak Teman Lelaki Bersubahat

Misteri kehilangan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella masih menjadi tanda tanya.

Meskipun sudah hampir dua minggu hilang tanpa jejak, usaha pihak polis untuk mengesan ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu seakan-akan menemui jalan buntu.

Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini, Bella dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap bertujuan mencuci pakaian di kedai dobi.

Bella bagaimanapun terus lesap tanpa meninggalkan apa-apa petanda selepas tarikh tersebut.

Difahamkan, telefon bimbitnya gagal dihubungi di samping mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp hanya memaparkan satu tanda sahaja.

Sementara itu, kakaknya, Norhisham Samsusah diminta oleh pihak polis untuk bertenang dan bersabar atas apa yang berlaku.

Malah, lebih memeranjatkan apabila pakaian yang diletakkan dalam bakul yang sepatutnya dicuci di kedai dobi dijumpai dalam rumah Bella pada keesokan harinya.

“Disebabkan timbul persoalan berhubung penemuan baju kotor itu, kami menemui jiran Bella untuk memeriksa CCTV dan kelihatan teman lelakinya sedang mengangkat bakul berisi baju masuk ke dalam rumah Bella,” ujarnya.

Percaya bahawa Bella berada tidak jauh daripada daerah itu, Norhisham menyifatkan kehilangan adiknya itu sebagai kes yang agak rumit.

“Beberapa hari lalu, saya dimaklumkan oleh polis ada perkembangan mengenai Bella, cuma tidak dijelaskan secara lanjut apa yang dimaksudkan.

“Saya kenal adik saya dan ada kemungkinan, dia masih berada dalam daerah ini, cuma kami tak tahu di mana lokasinya.

“Baru-baru ini, polis ada meminta barang milik Bella seperti berus gigi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak merasakan Bella ke kedai dobi sebaliknya lebih percaya adiknya melencong ke tempat lain ditemani kekasih Bella.

“Ini berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu yang tidak melihat langsung kelibat Bella pada hari kejadian.

“Malah, saya mendapat tahu teman lelakinya menurunkan Bella berdekatan sebuah kedai tom yam Thailand, di Jalan Kenangan, Kampung Bahagia kerana mereka bergaduh,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Nov 2021

Bertemu Dengan Warga Emas Viral… Netizen Sindir Baby Shima, Beri Gelaran Perempuan Tak Ada Akhlak – “Tak Nak Ajak Atuk Grab Masuk Pub Ke?”

Penyanyi Baby Shima terkilan apabila niat baiknya berkongsi pertemuan dengan seorang warga emas berusia 68 tahun di laman sosial menjadi bahan sindiran netizen. Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli mengakui tidak memahami isi hati […]

Featured Sun, 30 Apr 2023
Featured Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Teroka Bidang Pelancongan & Pertanian Di Pahang! Fizz Fairuz Bangunkan Resort Glamping Di Ulu Dong, Raub

Fizz Fairuz sedang membangunkan sebuah resort bersama tapak glamping di atas tanah seluas tiga ekar miliknya yang terletak di Ulu Dong, Raub.

Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Alhamdulillah, tahniah Syafiq dan isteri 🥰❤️

error: Content is protected !!