Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 9, 2021 @ 8:37pm

Syatilla Melvin Mahu Lunas Hasrat Sambung Pembinaan Masjid Terbengkalai

Bersempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berhasrat untuk menyambung semula pembinaan masjid yang terbengkalai di Sungai Siput, Perak.

Kata Syatilla, sebahagian daripada hasil jualan produk makanannya kolaborasi bersama LB Creuset, Nasi Daging Telentang bakal disalurkan untuk menyelesaikan pembinaan masjid terbabit.

“Sebenarnya, saya sudah lama berhasrat untuk berbakti kembali kepada orang ramai. Alhamdulillah, menerusi kolaborasi saya bersama Syed Haniff Jamalullail dan Leon Pedro Puung dari LB Creuset, saya dapat melaksanakan impian ini.

“Saudara saya di Perak memaklumkan yang masjid terbabit sudah terbengkalai hampir dua tahun. Di sana hanya ada sebuah surau kecil dan ia turut menjadi tempat pelajar tahfiz. Saya terus terfikir nak melakukan sesuatu untuk memudahkan masyarakat setempat.

“Insya-Allah sebahagian keuntungan yang saya peroleh hasil perniagaan nasi daging akan digunakan untuk membina masjid yang belum selesai itu. Saya mohon doa semua orang agar impian ini dapat tercapai,” katanya yang memerlukan kos sebanyak RM200,000 diperlukan untuk membina masjid berkenaan.

Syatilla ditemui di majlis pelancaran Nasi Daging Telentang LB Creuset x Syatilla Melvin di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kolaborasinya bersama LB Creuset, Syatilla tidak teragak-agak untuk menjalinkan kerjasama kerana dia mempercayai keenakan Nasi Daging Telentang.

“Sebagai orang Utara, juadah nasi daging memang sangat saya gemari. Apabila merasakan sendiri kelazatan nasi daging hasil air tangan LB Creuset, saya sendiri yang mahu berkolaborasi dengan mereka.

“Akhirnya, ia terlaksana dan tercetuslah kerjasama ini. Alhamdulillah, semua gembira dengan juadah ini. Ia semakin popular dalam kalangan penggemar dan mendapat banyak sambutan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Pergi Bercuti Mana Pun, Tiada Tempat Setenang Madinah” – Khairul Aming

Khairul Aming mengakui tiada tempat yang dikunjungi setenang kota suci, Madinah.

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Best lagu baru Kaka Azraff!

Trending Tue, 17 Apr 2018

Dear Malaysians, You NEED to Know These 10 Things When You Vote

Even people whom have voted before should take note of these things.

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Please Buat ‘House Tour’” – Netizen Teruja Tengok Rumah Wany Hasrita

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, penyanyi, Wany Hasrita sekali lagi menjadi perhatian warganet. Sebelum ini, Wany Hasrita pernah berkongsi bahawa dia sudah memiliki rumah idamannya. Terbaharu, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita ada […]

error: Content is protected !!