Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 26, 2022 @ 3:56pm

[VIDEO] Tropicana Mewarnai Aidilfitri Dengan Mendefinisi Semula Seni Kehidupan Mereka

Ketika ramai di antara kita sibuk membeli-belah dan menantikan kedatangan Syawal bersama keluarga, Tropicana ingin mengambil peluang ini untuk menyebarkan kegembiraan bersama anak-anak di rumah Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Semasa meninjau di pusat jagaan tersebut, seramai 168 orang penghuni dan mereka ditempatkan di lapan buah rumah yang lain. Rata-ratanya mereka semua terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf.

Kami bertanya kepada anak-anak tersebut, apa yang mereka inginkan untuk raya kali ini. Ada yang mahukan kasut, ada juga hanya meminta untuk membuat aktiviti di luar bersama rakan-rakan. Walaupun semua perkara ini kelihatan biasa bagi kita, namun ianya adalah satu keistimewaan bagi sesetengah orang.

Anak-anak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Bermain & Berseronok di Taman Sementara Tunggu Waktu Berbuka

Selalunya agensi kerajaan atau swasta akan memilih untuk mengadakan majlis berbuka puasa sahaja, tapi pada tahun ini syarikat pemaju, Tropicana Corporation Berhad dengan tema, ‘Detik yang dikongsi, Adalah detik yang dihargai’ membuat sedikit kelainan dengan menyediakan beberapa aktiviti yang menarik untuk adik-adik dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Central Park, Tropicana Heights, Kajang. Kena tengok video ini untuk mengetahui apa aktiviti tersebut.

Jelas sekali, keseronokan di setiap raut wajah adik-adik Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dengan aktiviti yang disediakan. Walaupun berpuasa, namun mereka tetap aktif melakukan aktiviti dan juga bersemangat shopping raya di Tropicana Gardens Mall.

Lepas bergambar sebagai kenangan, adik-adik ini dibawa ke Tropicana Golf & Country Resort untuk menikmati pemandangan penuh kehijauan sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Rambang mata bila tengok lebih 200 jenis hidangan. Walaupun letih, adik-adik ini nampak seronok.

Selain menganjurkan aktiviti dan majlis berbuka puasa, Tropicana Corporation Berhad juga menyumbangkan dana berjumlah RM10,000 untuk keperluan di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari. Semoga kita semua mendapat berkat dengan meraikan mereka yang kurang bernasib baik di bulan yang penuh keberkatan ini.

Terima kasih Tropicana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Ketika Kami Meluru Keluar, Lampu di Mall Sudah Mula Jatuh” – Hariz Hamdan Cerita Detik Cemas Gempa Bumi Di Bangkok

Hariz Hamdan menceritakan detik cemas merasai gegaran gempa bumi di Bangkok, tengah hari semalam.

Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.   View this post on Instagram   A post shared by 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗬𝗦𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗨𝗗𝗜𝗡 🌻 (@imantroye) Menerusi perkongsian yang dimuat naik […]

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Nabila Razali terkejut bila ada peminat menggelarkannya ‘artis suara chipmunk’ ketika mahu bergambar.

Acara Tue, 7 Mar 2023
Trending Sat, 7 Jul 2018

Jaket Kontroversi Melania Trump Dijual Berpuluh Kali Ganda Mahal Dari Harga Asal

Harga jaket yang pada asalnya di pasaran berharga AS$39 (RM157) itu kini dijual dengan nilai sehingga AS$895 (RM3,618).

error: Content is protected !!