Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 4, 2018 @ 4:35pm

Cabaran ‘It’s Wipe Out’, Buffet Minum Petang Santa & Makan Malam Barbekeu Kini Di Sunway Lagoon!

Bersempena cuti persekolahan hujung tahun, Sunway Lagoon kini memperkenalkan tarikan baharu buat pengunjung sepanjang 1-31 Disember 2018! Bergembira dengan pelbagai permainan air di taman tema Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya seawal 10 pagi sehingga 9 malam pada setiap Jumaat, Sabtu & Ahad!

Menarik tahun ini, Sunway Lagoon memperkenalkan cabaran larian ‘It’s Wipe Out’ yang menguji ketangkasan fizikal pengunjung. Menangi hadiah harian Speaker JBL manakala pemenang bulanan berpeluang memiliki GoPro Hero 7 bernilai RM1,900.00 dengan catatan masa terpantas melengkap kan keseluruhan cabaran. Xtra.com.my yang berpeluang menyertai  cabaran ‘It’s Wipe Out’ nyata ‘pancit’ dalam pusingan kedua, dan ianya serius mencabar!

Buat kanak-kanak, berhibur di arena Kids Zone yang menampilkan kolam buih diiringi muzik dan persembahan DJ jemputan. Malah sepanjang Disember 2018 ini, pengunjung boleh menikmati kemeriahan acara minum petang bersama keluarga yang diserikan dengan kehadiran Santa, Kapten Quack dan Lady Quack – maskot terkenal di taman tema ini! Acara minum petang yang bermula 2.30 sehingga 5.30 petang ini turut menawarkan sesi demonstrasi pembuatan roti Ginger serta tayangan filem krismas!

Bermula jam 7.30 malam, sertai perarakan malam ‘Night Parade’ yang julung kali ditampilkan! Kami di xtra.com.my cukup teruja dengan kelincahan penari jalanan malah tidak salah untuk kami katakan, perarakan malam Sunway Lagoon ini setaraf dengan tarikan yang terdapat di taman tema terkenal dunia!

Dan akhiri aktiviti anda dengan hidangan buffet secara barbekeu di tepian kolam ombak sehingga 9 malam – aneka hidangan makanan laut seperti udang bakar, ikan bakar, kambing panggang dan pelbagai lagi pasti mencuit memori seolah bersantai di tepian laut!

Selain promosi istimewa sepanjang Disember 2018, Sunway Lagoon turut menawarkan pelbagai permainan ekstrim termasuk roller coaster selain taman haiwan liar yang menampilkan harimau putih dan pertunjukan haiwan jinak.

Nah, belum merancang percutian di hujung minggu? Apa kata singgah di Sunway Lagoon dan sertai kesemua tawaran permainan baharu bersama keluarga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 15 May 2023
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Events Mon, 5 Nov 2018

萧秉治男女通杀!近距离又唱又跳「超爽」

萧秉治带着个人首张专辑《凡人》来马,北中南宣传跑透透;日前在吉隆坡站上,与女粉丝牵手对唱《天使见证的爱情》,让粉丝高喊“超爽!”

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

吸引5千人参与《八度空间嘉年华》 艺人群众共聚庆中秋

《八度空间嘉年华》圆满举行!旗下的艺人、主持人以及网红落力助阵,吸引5500人到场共襄盛举,掀起一波又一波的热潮!

Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Featured Mon, 29 May 2023

Kongsi Quotes Berbaur ‘Kehilangan’ Cinta, Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya – “Life Is A Wild Ride…”

Huishhhh, deep betul ni! 🫠 Min harap mummy Jebat ni baik baik saja ❤️❤️

error: Content is protected !!