Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 20, 2025 @ 12:09pm

Ardell Aryana Sebak Siti Nurhaliza Titip Doa Dilindungi Ketika Misi Kemanusiaan – “Dekat Malaysia Tak Dapat Tengok, Dalam ‘Live’ Kita Berjumpa…”

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana meluahkan rasa sebak apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyertai sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video tular, Ardell tidak menyangka dipertemukan dengan Siti meskipun hanya melalui sesi siaran langsung, lebih menarik pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu turut memberikan ‘gift’ ikan paus.

“Ya Allah, betul ke itu Siti Nurhaliza. Punyalah minat dia kat Malaysia langsung tak dapat tengok. Dekat sini (siaran langsung) kita berjumpa ya TokTi. Ya Allah,” katanya.

Sementara itu, Siti turut meninggalkan komen mendoakan keselamatan para pejuang yang menyerahkan segala diri mereka bagi menyelesaikan misi kemanusiaan.

“Terima kasih Datuk Siti Nurhaliza atas doanya. Ya Allah, saya tak pernah bercakap dengan beliau. Dalam siaran langsung kita berjumpa. Subahanallah. Alhamdulillah, terima kasih Datuk Siti.

“Saya bawa juga semangat Datuk Siti ini bersama untuk saudara kita di Gaza. Saya tahu Datuk Siti seorang yang sangat prihatin dengan warga emas, kanak-kanak, bayi serta wanita di sana.

“Datuk Siti memang sangat hebat. Cuma dia tak tunjuk saja, tapi banyak yang dilakukan untuk Gaza dan Syria. Semoga Allah lipat gandakan rezeki buat Datuk Siti, terima kasih berkongsi rezeki ‘gift’ paus dengan saya.

“Inilah hikmahNya. Alhamdulillah Ya Allah,” katanya sebak.

@arm3173

Global sumud nusantara flotilla 🇵🇸 2025 Ardell dapat ikan paus dari Tok Ti @sumudnusantaraofficial #ctdk #sitinurhaliza #ardell #gaza #palestine

♬ Very Sad – Enchan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Featured Wed, 23 Jul 2025

Didakwa Berbadan Dua, Siti Saleha ‘Kunci Mulut’ – “Lepas Ini Saya Akan Cuti Panjang”

Saleha bagaimanapun sekaan memberi hint apabila mahu mengambil cuti panjang.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Fri, 18 Feb 2022

Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

Pendakwah selebriti popular, Ustaz Ebit Lew, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom Sabah atas 11 pertuduhan berkait dengan gangguan seksual. Memetik laporan Harian Metro, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan […]

Trending Thu, 4 Apr 2019

Tular Di Laman Sosial, Kehilangan Acap Ada Kaitan Dengan Kisah Hassan Ayat 10 Tahun Lalu?

Sehingga kini, kehilangan Hassan Ayat masih menjadi misteri. Ungkapan sajak yang ditanggalkan oleh Hassan seolah-oleh memberi mesej beliau memilih untuk tinggal di “alam” lain.

Featured Tue, 21 Jun 2022
error: Content is protected !!