Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 18, 2022 @ 4:57pm

Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

Pendakwah selebriti popular, Ustaz Ebit Lew, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom Sabah atas 11 pertuduhan berkait dengan gangguan seksual.

Memetik laporan Harian Metro, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Terdahulu, Ebit yang kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ditemani sekumpulan individu lain.

Polis turut mengawal perkarangan Pejabat Daerah Tenom sepanjang prosiding dijalankan.

Sumber & Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Mon, 6 May 2024
familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Trending Tue, 28 Jun 2022

“Tiada Rezeki Anak, Allah Beri Rezeki Lain” – Beto Khusyairi Akur Masih Belum Dikurniakan Zuriat

Beto Khusyairi akur dengan takdir Tuhan belum dikurniakan zuriat.

Featured Thu, 20 Feb 2025
Trending Mon, 18 Jan 2021
Featured Tue, 5 Aug 2025

Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Pihak Shila bagaimanapun meminta sedikit waktu untuk tuntutan LOD tersebut.

error: Content is protected !!