Euforia Bola 2026
familuv By: Dharnieya Nur Amelsa January 26, 2023 @ 6:39pm

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah yang memaparkan dia dan ibunya, Datin Seri Nur Shahida sedang membuat trend TikTok menggunakan lagu Sure Thing nyanyian Minguel.

Menerusi hantaran tersebut, Qadejah yang khusyuk melakukan trend itu telah diperhatikan oleh ibunya yang duduk di sebelah.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah reaksi Shahida yang melihat anaknya itu sedang melakukan trend tersebut dengan penuh bersemangat.

“I’m so sorry i forgot the steps,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak beranak ini.

“The way your mom is confused.

“Mak dia pun dah confuse.

“Dia macam nervous mak dia pandang kat belakang.

“Mak-mak kalau usha macam itu awal-awal, mesti dah salah step hahaha.

“Aku risau tengok Datin usha macam itu. Dah geleng-geleng sampai lupa step.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa rupa paras mereka berdua seiras.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 745,000 tontonan, 52,000 tanda suka dan lebih 197 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Jan 2019

‘Fuh, Berhabuk English Budak Ni’, Aishah London Curi Tumpuan Netizen

Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan…

Trending Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Fri, 23 Mar 2018

“Ada Yang Sudah Belasah Saya, Tapi Saya Okay” – Mawi

Mengakui filem tersebut masih belum mempunyai tajuk yang sesuai, Mawi turut menitikberatkan setiap babak agar mesej dalam filem bergenre komedi Islamik ini sampai kepada penonton

Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

familuv Fri, 2 Nov 2018

Anak Berumur 2 Tahun Ke Bawah Boleh Minum Ubat Batuk Atau Tidak?

Ada alternatif lain untuk gantikan ubat batuk!

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

error: Content is protected !!