Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 28, 2019 @ 11:41am

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Golongan wanita dan ibu-ibu terutama lazim mempunyai minat menanam pokok berdaun sahaja sebagai aksesori kecil menghias sudut tertentu di kediaman atau di tempat kerja.

Bagaimanapun, ada juga yang berfahaman mereka memerlukan laman rumah yang luas  untuk bercucuk tanam. Jangan begitu, sebaliknya amalkan berfikir secara positif, ruang yang kecil pun boleh dijadikan taman untuk tanaman hiasan jika anda mahu dan minat melakukannya.

Kini, tanaman hiasan semakin menjadi pilihan kerana bukan sahaja cantik malah senang untuk dijaga dan berfungsi untuk membersihkan udara dalam rumah, namun bukan semua jenis pokok hiasan boleh diletakkan di dalam rumah.

Ini kerana  sesetengah tanaman hiasan boleh menyebabkan keracunan jika tidak dikendalikan dengan betul. Hijab & Heels berkongsi idea mengenai beberapa tanaman hiasan yang boleh anda tanam di rumah! 

Lidah buaya 

Foto: tokopedia.com

Lidah buaya atau dikenali sebagai aloe vera mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan. Selain itu, tanaman hiasan ini mampu untuk membunuh kuman seperti benzena dan formaldehyde yang berbahaya di udara. 

Lidah buaya amat mudah untuk dijaga, cepat membesar dan juga menghasilkan banyak daun.

Snake plant

Foto: thesill.com

Tanaman hiasan yang mempunyai tesktur daun yang keras ini mampu untuk menyerap karbon monoksida dan melepaskan oksigen pada waktu malam. Ia amat bersesuaian jika diletakkan di dalam bilik! 

Bukan itu sahaja, tanaman ini amat senang untuk dijaga dengan kekerapan menyiram air yang sedikit dan cahaya yang rendah. 

Lidah Mertua

Foto: tokopedia.com

Lidah mertua merupakan salah satu tanaman yang popular di Malaysia dan sering dijadikan hiasan di pejabat, sekolah, klinik dan hospital. Tanaman ini mampu bertahan dalam hampir semua suhu dan dapat menurunkan kadar benzena, xylene dan toluene di dalam udara.

Spider plant 

Foto: amazon.com

Tanaman ini tidak mengambil masa yang lama untuk tumbuh dan kelihatan sangat cantik apabila digantung. Ini kerana bentuk daunnya yang panjang dan terjuntai keluar. 

Ia juga mudah untuk dijaga kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi serta tidak berbunga. Satu lagi kelebihan tanaman hiasan ini, ia memiliki daya penyerapan racun yang tinggi. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Fri, 9 May 2025

Komitmen Kerja Punca Tangguh Berhijab, Isyariana Percaya Pada Rezeki – “2018 Lagi Saya Dah Niat Tapi…”

Isyariana pernah menerima tawaran namun ditarik semula gara-gara imejnya kini yang sudah bertudung.

Featured Sat, 24 May 2025

Hantaran Fazura Tentang Kenapa Wanita Lebih Memilih Diam Curi Perhatian, Fiziwoo Beri Komen ‘Padu’

hantaran tersebut turut  menarik perhatian ramai, termasuk pereka fesyen duo terkenal tanah air, Fiziwoo.

Sihat Fri, 12 Jun 2020
Featured Sat, 2 Feb 2019
Sihat Tue, 8 May 2018

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Tahukah anda, duduk berpanjangan
boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser?

error: Content is protected !!