Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 25, 2019 @ 11:00am

Kulit muka gatal dan pedih gara-gara cuaca panas melampau? Ini rahsia untuk sejukkan kulit anda!

Berada di bawah sinar terik matahari melebihi 30 minit, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas melampau bukan sahaja mampu menjejaskan kesihatan badan, malah boleh mengakibatkan kerosakan kulit.

Kulit yang terdedah terlalu lama dengan cahaya ultra ungu (UV) terutama dari jam 10 pagi hingga 3 petang akan mendatangkan pelbagai kesan terhadap kulit antaranya kulit berminyak, berjerawat, selain mempercepatkan proses penuaan dan yang paling teruk boleh menyebabkan kanser kulit.

Hal ini kerana pada saat itu matahari berada di puncak dan radiasi UV terlalu kuat dan berbahaya. Bukan itu sahaja, seseorang itu juga boleh mendapat risiko selaran matahari(sunburn) sehingga mampu menyebabkan kerengsaan kulit, menjadikan kulit berasa kering, pedih, kemerahan dan gatal.

kulit sunburn

Foto: Beauty Bridge

Individu yang berkulit cerah lebih mudah atau berisiko tinggi mengalami selaran matahari berbanding individu yang berkulit gelap kerana mereka mempunyai kandungan melanin yang rendah. Kanak-kanak atau individu yang mempunyai kulit sensitif juga lebih mudah terkena selaran matahari.

Di sini penulis kongsikan tip untuk menghilangkan dan merawat kulit yang mengalami selaran matahari dengan hanya menggunakan bahan semula jadi. Bukan sahaja selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia beracun, malah menjimatkan kos serta mudah dibuat di rumah.

 1. Ais

Foto: Sirap Limau

Ketika kesan selaran matahari masih baru, basuh muka bersama-sama air yang bercampur ais. Suhu sejuk pada ais akan membantu mengurangkan kemerahan serta melembapkan kulit.

2. Dadih

Foto: classicalfm

Gunakan dadih (yogurt) biasa dan sapu pada muka sebagai masker. Dadih mengandungi pelbagai vitamin dan mineral mampu membantu melembapkan kulit yang terkena selaran matahari selain berfungsi memutihkan wajah.

3. Mayonis

cara putihkan muka

Foto: Reader’s Digest

Mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Anda cuma perlu sapu dan ratakan sedikit mayonis pada kulit yang terbakar dan rasa sendiri hasilnya.

4. Aloe vera

Foto: Onlymyhealth

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya (aloe vera) dan ambil lendirnya. Sapukan pada kulit wajah dan urut perlahan. Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit terbakar dan membantu menghasilkan sel kulit yang baharu.

5. Soda bikarbonat

Foto: medicalnewstoday

Campurkan soda bikarbonat dengan sedikit jus lemon dan minyak zaitun, lalu sapukan pada bahagian kulit yang mengalami selaran matahari sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya. Ia mampu mencerahkan muka serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

6. Timun dan kentang

Foto: Natural Healthy Ways

Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, perit, gatal-gatal dan bengkak. Kaya dengan vitamin dan mineral, kedua-dua bahan yang selalu ada di dapur ini mampu memperbaiki warna kulit, meredakan radang pada kulit yang terbakar serta mencegah jerawat.

7. Tomato

cara putihkan muka

Foto: 123rf

Cuci bersih sebiji tomato dan kemudian belah kepada dua bahagian. Gosok pada wajah perlahan-lahan dan biarkan ia kering seketika. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato mampu merawat pelbagai masalah kulit seperti penuaan pramatang, jerawat dan membantu meratakan warna kulit. Ia juga bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi dan mampu menyerikan kulit wajah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Aug 2025

“Kadang Kita Pun Singgah Dalam Hidup Orang Lain Tak Selamanya”- Zara Zya

Zara Zya mencuri perhatian apabila menitipkan pesanan penuh makna mengenai kehadiran seseorang dalam kehidupan.

Featured Tue, 15 May 2018

Fizi Woo Dedah Sejarah Era Revolusi Perancis 1780-an Menerusi Koleksi The Bread Winner

Koleksi The Bread Winner diinspirasikan daripada sejarah perjuangan golongan wanita semasa Revolusi Perancis 1780-an.

Featured Wed, 26 Nov 2025

Amelina ‘Naik Hantu’ Sindir Individu Suka Ambil Kesempatan? – “Itu Bukan Pergorbanan Kau H*nat”

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap pihak yang suka mengambil kesempatan.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Featured Mon, 20 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Malhamka & Yuveena Gagal Ke Final, Ada Luahan Hati Di Sebalik Pintu? Jom Recap Separuh Akhir LCK3!

Minggu separuh akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Cinta OST berlangsung pada malam tadi. Episod ketujuh ini telah menyaksikan lima pasangan merebut tempat ke pentas akhir iaitu Malhamka & Yuveena, Hariz & Wanie, […]

Featured Sun, 6 Feb 2022

Kes COVID-19 Dijangka Meningkat Secara Mendadak Beberapa Minggu Lagi

Ya Allah, semoga Malaysia baik-baik sahaja♡

Featured Sat, 9 Nov 2019

Dapatkan Kotak Bertuah Botaneco Garden, hanya pada 11 November sahaja!

Produk penjagaan diri yang sangat mengujakan menunggu anda!

Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!