Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 15, 2018 @ 12:00pm

Fizi Woo Dedah Sejarah Era Revolusi Perancis 1780-an Menerusi Koleksi The Bread Winner

Koleksi Aidilfitri keluaran jenama ini sememangnya dinantikan ramai. Dapat memperagakan busana rekaan Fizi Woo di pagi Aidilfitri, bagaikan satu kepuasan di pagi lebaran.

Sempena Aidilfitri 2018, WOO/FIZIWOO meneruskan semangat raya dengan koleksi yang diberi nama THE BREAD WINNER. Koleksi kali ini diinspirasikan daripada sejarah perjuangan golongan wanita semasa Revolusi Perancis 1780-an.

Foto: Instagram Fizi Woo

Kumpulan wanita daripada golongan kelas bawah dan pertengahan ketika itu telah berarak menentang Monarki Perancis akibat masalah kekurangan roti. Perarakan bersejarah The Women’s March On Versailles ini menjadi peristiwa penting dan menyaksikan kuasa wanita berpadu dalam revolusi ini.

Kesan kepada Revolusi Perancis ini turut memberi impak kepada fesyen kepada masyarakat terutamanya fesyen wanita. Perubahan revolusi akhirnya menjadi pencetus dan simbol kepada kemodenan fesyen wanita.

Foto: Instagram Fizi Woo

Kisah kekuatan wanita pada era tersebut menjadi ilham kepada jenama WOO/FIZIWOO untuk menghasilkan koleksi WOO/FIZIWOO EID-UL-FITR 2018 dengan menerapkan sentuhan klasik melalui penekanan siluet dan pemotongan tepat baju kurung tradisi Melayu khusus untuk golongan wanita masa kini.

Dipertontonkan pada acara pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2018 yang dibawakan khas oleh Andrews Models bersama FashionValet selaku penaja rasmi baru-baru ini, koleksi berkenaan memfokuskan kepada pengenalan asimetri peplum, bell sleeves and folds, diambil daripada jenama utama Fizi Woo untuk diaplikasi pada koleksi ready-to-wear (RTW). 

Sedikit sebanyak ia memberi peluang kepada pencinta dan penyokong setia Fizi Woo seorang pereka fesyen yang tidak asing lagi untuk merasai sentuhan mewah Made-To-Measure pada keluaran kali ini.

Foto: Instagram Fizi Woo

Koleksi WOO/FIZIWOO Eid-Ul-Fitr 2018 menggunakan fabrik poly-blend woven cotton dan hadir dengan variasi warna pastel dan palet mewah. Antara warna pastel seperti dusty pink, sky blue, powder lilac serta palet mewah seperti dark olive green, maroon dan hitam menjadikan koleksi kali ini antara busana wajib ada di almari anda.

Anda boleh mendapatkan koleksi WOO/FIZIWOO di seluruh cawangan FashionValet di Malaysia, Brunei dan Singapura atau secara atas talian menerusi laman sesawang www.fashionvalet.com sepanjang Ramadhan dan Aidilftri 2018. Harga bermula daripada RM 490 hingga RM 650.

Foto: reefism territory

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

Kadang cerita berat ni lah yang buka mata tentang kehidupan realiti zaman sekarang💪💪💪

Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Featured Tue, 27 Nov 2018
error: Content is protected !!