Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie November 9, 2019 @ 4:20pm

Dapatkan Kotak Bertuah Botaneco Garden, hanya pada 11 November sahaja!

Kotak Bertuah Botaneco Garden daripada Guardian berharga RM50 ditawarkan pada 11 November sahaja. Foto: Guardian.

Tarikh 11 November mungkin tidak ada apa yang istimewa bagi kita, tetapi berikutan keunikan nombor 11.11.2019 itu membuatkan pelbagai pihak mengambil peluang untuk mengadakan jualan istimewa dengan menawarkan harga menarik sama ada di gedung beli-belah atau jualan atas talian.

Antaranya kedai yang memasarkan produk kecantikan dan penjagaan diri, Guardian, turut memperkenalkan Kotak Bertuah pada 11 November bagi meraikan Single Day yang diadakan bersempena dengan pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut dan badan terbaharunya, Camellia dan Rice Oils Boaneco Garden.

Cho menunjukkan kotak berisi produk Botaneco Garden berharga RM50 dengan nilai barangan RM100. Foto: Guardian.

Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Cho DoYun, berkata Botaneco dipilih sebagai produk yang akan dimuatkan di dalam Kotak Bertuah ditawarkan Guardian.

“Rangkaian produk Camellia dan Rice Oils Botaneco Garden yang baharu ini terdiri daripada syampu, perapi minyak rambu, perawat rambut, buih mandian, losen badan dan krim tangan yang diilhamkan daripada semula jadi. 

“Produk ini juga mendapat sambutan meluas dan mempunyai pelanggan setia sekali gus menjadikannya sebagai Kotak Bertuah yang cukup ideal,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Guardian adalah rangkaian kedai kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang memulakan operasinya di sebuah ruang seluas 200 kaki persegi di The Weld, Kuala Lumpur pada 1967 dan kini memiliki 440 rangkaian kedai seluruh negara.

Jenama itu diwujudkan untuk memenuhi keperluan komuniti terhadap produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan yang berkualiti serta bersifat eksklusif. Keunikan Guardian membuatkan jenama itu menerima anugerah Brand Excellence daripada BrandLaureate Award dua tahun berturut-turut iaitu pada 2016 dan 2017.

Kotak Bertuah Botaneco Garden ditawarkan Guardian sesuai dijadikan pemberian untuk rakan dan ahli keluarga. Foto: Guardian.

Cho berkata, rangkaian Boaneco Garden dihasilkan daripada inspirasi alam semula jadi bertujuan memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit pengguna Asia.

“Ramuannya dihasilkan daripada bahan organik dan disahkan mesra alam (ECO) dengan formulasi bebas bahan kimia serta pakej yang boleh dikitar semula.

“Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup mesra alam, produk Botaneco Garden dilihat sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka,” katanya.

 

Kejutan dalam Kotak Bertuah

Kotak Bertuah ditawarkan Guardian pada 11 Novermber ini sahaja adalah yang pertama daripada jenama penjagaan kesihatan ini dan diyakini menjadi kejutan istimewa kerana pelanggan akan menerima nilai berganda selain menjadi antara yang pertama mencuba rangkaian produk ini.

Kotak Bertuah yang diilhamkan dari Korea dan popular di Jepun serta China itu boleh didapati di semua cawangan  Guardian pada harga RM50 sahaja meskipun nilai sebenar barangan di dalam kotak antara RM100 sehingga RM150 terdiri daripada produk kesihatan dan kecantikan bersaiz penuh.

Produk penjagaan diri Botaneco Garden yang boleh  didapati di Guardian seluruh negara. Foto: Guardian.

Produk rangkaian Camellia dan Rice Oils Botaneco Garden dijual pada harga RM20.70 (500 ml) untuk syampu yang sesuai bagi rambut rosak dan perapi rambut (500 ml), manakala minyak rambut (95 ml/RM19.60) dan  perawat rambut (225ml/RM16.50).

Untuk penjagaan badan pula, buih mandian boleh didapati pada harga RM20.70 (500ml), losen badan (RM16.90/400ml) dan krim tangan (60gm/RM9.80).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 May 2020

Malaysia catat 10 kes baharu positif COVID-19, tiada kes kematian

Jumlah kes harian terendah sejak COVID-19 dikesan di negara ini

Featured Fri, 12 Dec 2025

Selepas 2 Tahun Menyepi, Joe Flizzow Kembali Gegarkan Arena Hip Hop Dengan Single 501

Ikon hip hop tanah air Joe Flizzow kembali dengan single 501.

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Acara Sun, 20 May 2018

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Sesi “Iftar@INTEKMA” menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

Events Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 9 Jul 2021

Bekas Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bekas anggota kumpulan Nasyid  Rabbani iaitu Azizan Khalid dilaporkan telah meninggal dumia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin. Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas selepas mengambil sarapan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sekitar […]

Featured Thu, 17 Nov 2022
error: Content is protected !!