Euforia Bola 2026
Acara By: Yanie Baharom February 20, 2020 @ 1:17pm

Emma Maembong pilih tarikh istimewa 20.02.2020 akhiri zaman solo

Memilih tarikh keramat 20.02.2020 untuk mengakhiri zaman solo, pelakon cantik, Emma Maembong selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Shazli Datuk Azhar, kira-kira jam 11.58 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz.

Emma yang mengenakan persalinan putih rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, berwakilkan wali Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Muhammad Akmal Abdul Aziz, menerima mas kahwin RM2,000 dan senaskah al-Quran, namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

Emma tampil anggun dengan persalinan putih rekaan Ezuwan Ismail pada majlis pernikahannya. Gambar NSTP/Yanie Baharom

Majlis pernikahan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan terdekat itu, berlangsung penuh manis di Centre For Malay World And Islamic Civilization (ISTAC), Bukit Damansara.

Pada majlis itu, Emma menerima lima dulang hantaran yang dihias indah berbalas tujuh dulang untuk pengantin lelaki. 

Kerabat Diraja Pahang antara tetamu yang hadir meraikan majlis pernikahan Emma dengan pasangannya, Muhammad Shazli di Bukit Damansara. Gambar NSTP/Yanie Baharom

Sedikit coretan kisah cinta mereka, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 29, berkenalan dengan Fazli sekitar 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose.

Emma waktu itu, baru mengalami episod perpisahan dengan bekas teman lelakinya, Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja. Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula dalam Instagram. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.

“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,” kata pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu.

Fazli yang bertugas sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan, disifatkan Emma sebagai seorang yang matang dan bertanggungjawab.

Keserasian antara mereka berdua membuatkan Emma akhirnya bersetuju untuk membawa perhubungan mereka ke jinjang pelamin.

Bapa Emma, Ismail Embong bergambar kenangan dengan pasangan mempelai. Gambar NSTP/Yanie Baharom

Pasangan yang bagai pinang dibelah dua itu tampil anggun mengenakan persalinan berwarna putih pada majlis berkenaan.

Selain Emma, pelakon Nur Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza, turut memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsung perkahwinan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Apr 2025

Bonda Rozita Enggan Jaja Aib Perkahwinan Terdahulu – “Anak Saya Sendiri Tak Perlu Tahu”

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas lanjut mengenai kehidupannya termasuklah isu perkahwinan terdahulunya.

Featured Mon, 25 Apr 2022
Featured Wed, 18 Oct 2023
Featured Sat, 27 Aug 2022

Babitkan 11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicara Bulan Depan

Appaun, jangan menghina kerana kita tidak tahu apa yang berlaku. Tunggu saja perbicaraan kes nanti okay!

Featured Sat, 13 Jun 2026

Beli Mikrofon Cecah Puluhan Ribu Ringgit & Ubah Penampilan… Haqiem Rusli Sedar Kurang Dapat Perhatian Lepas Kahwin – “Kalau Statik Je Tak Ke Mana”

Haqiem Rusli berkata, keputusan untuk mengubah penampilannya timbul selepas menonton filem legenda pop dunia, Michael Jackson.

Featured Wed, 11 Apr 2018

Nak Tahu Apa Yang Ada Dalam Kapal Cruise Terbesar Di Dunia? Tengok 10 Gambar Ini

Walaupun pengalaman menaiki cruise tak selalunya syok, anda perlu tengok dulu apa yang anda boleh enjoy ketika menaiki kapal ini. Takkan bosan!

error: Content is protected !!