Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 25, 2022 @ 8:24pm

Warga Emas Didakwa Melakukan Persetubuhan Dengan Kucing Sehingga Mati

Warga emas berusia 63 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan kucing.

Warga emas yang dikenali sebagai Janting Anak Keling, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari atas kesalahan melakukan perkara yang bertentangan dengan tabii sehingga menyebabkan kucing itu mati.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya, tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam dan tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh.

“Bagaimanapun, jika mahkamah mahu menawarkan jaminan, pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM15,000 dikenakan ke atas tertuduh dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran,” katanya.

Tertuduh kemudian membuat rayuan supaya jumlah jaminan dikurangkan berikutan beliau tidak bekerja.

“Saya baru datang ke Johor Bahru dari Sarawak dan tiada pekerjaan. Saya juga menumpang di rumah anak perempuan,” jelasnya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Mei nanti bagi penyerahan dokumen.

 

Sumber/foto:Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 22 Jun 2021

Jalankan CSR, Dolla Peka Dengan Mereka Yang Terjejas Akibat Covid-19

Hanya dengan komen, anda dapat membantu. Itu gambaran kepada program khidmat masyarakat (CSR) membabitkan kumpulan popular, Dolla yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) The Giving Bank (TGB). Projek yang dikenali sebagai Live to Give, […]

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Apa Kes Gambit Makan Katak Ni?

Semoga ini dipermudahkan buat Gambit

Featured Sun, 14 Nov 2021

Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular. Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang […]

Featured Fri, 23 Jan 2026

Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar

Sebahagian netizen berpendapat, berpakaian seksi adalah dilarang dalam ajaran Islam dan meninggalkan perkara yang ditegah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

Hiburan Tue, 4 Mar 2025

Zarina Anjoulie Menyesal Buat Hidung Di Vietnam, Alami Jangkitan Serius Hingga Bernanah

Hidung Zarina Anjoulie bernanah sejak buat hidung di Vietnam

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Konsert Di London, Siti Nurhaliza Tunggu Keputusan Penganjur

Kalau bukan dengan pihak Shiraz Projects pun, saya dan pasukan iaitu Siti Nurhaliza Productions tetap akan ke sana. Sebab ini adalah perancangan asal kami.

Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
error: Content is protected !!