Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 14, 2022 @ 1:00pm

[VIDEO] Gelaran Datuk Seri Didakwa Palsu, Aliff Syukri Tampil Buka Mulut “Tak Kisah Lah, Yang Penting…”

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil mengulas isu dakwaan gelaran Datuk Seri yang disandangnya adalah palsu oleh warganet.

Aliff Syukri menerusi perkongsian di laman Instagram berkata, gelaran Datuk Seri yang diterimanya adalah sah.

Dalam perkongsian berbentuk video itu, Aliff menunjukkan gambar ketika majlis penganugerahan serta tangkapan skrin yang memaparkan namanya di dalam sistem.

“Awak kata saya tiada Datuk Seri? Sampai hati awak. Apa ni awak, gambar ni apa? Waktu saya umur 30 tahun saya dapat Datuk Seri.

“Haa ni saya tunjuk dalam sistem, sebenarnya siapa yang salah? sistem ni menunjukkan saya ada Datuk Seri. Cuma ejaan nama ada tertinggal satu F. Takpelah, saya tak nak besar-besarkan cerita ni.

“Tak kisah lah Datuk Seri ke Datuk ke, bersyukurlah yang penting cukup makan, cukup minum,” ujarnya.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila ada individu yang ‘membongkar’ gelaran Datuk yang diterima sesetengah selebriti negara sehingga mencetuskan pertikaian.

Dalam pendedahan tersebut, individu itu berkata Aliff yang telah dianugerahkan DIMP, hanya membawa gelaran Dato’ bukan Datuk Seri.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 200,000 tontonan dan lebih 4,000 tanda suka di laman Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan jawapan usahawan kosmetik itu malah ada yang berpesan gelaran itu hanyalah ‘hiasan’ dunia sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

TAHNIAH! Elfira Loy Kini Bergelar Mrs Faris

Selamat Pengantin Baru El & Faris… Tahniah!

Acara Mon, 13 Feb 2023
Featured Fri, 30 May 2025

Misi Berbasikal Amar Baharin Akhirnya Tamat Di Madinah, Amyra Rosli Luah Rasa Bangga!

Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila misi kayuhan suaminya, Amar Baharin berakhir.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

台湾超级综艺组合! 8月登上云顶开唱

台湾综艺天王「宪哥」吴宗宪今年将携手众综艺主持好友,于8月3日再登云顶云星剧场舞台!

Hiburan Sat, 18 May 2019

Nora Danish Tarik Diri

Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa.

Featured Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Fri, 5 May 2023
error: Content is protected !!