Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 11, 2018 @ 2:46pm

Nak Tahu Apa Yang Ada Dalam Kapal Cruise Terbesar Di Dunia? Tengok 10 Gambar Ini

Syarikat pelayaran Royal Caribbean baru-baru ini telah memperkenalkan kapal cruise terbarunya yang dipanggil Symphony Of The Seas.

Berukuran 1,188 kaki panjang dan 238 kaki tinggi, kapal ini adalah yang terbesar di dunia dan telah berlayar dari Málaga ke Barcelona di Sepanyol.

Padan dengan saiznya, Symphony Of The Seas menawarkan banyak perkhidmatan menarik seperti 23 buah kolam renang, sebuah zip-line dan sebuah bar yang dikendalikan oleh robot. Wah!

Walaupun pengalaman menaiki cruise tak selalunya syok, anda perlu tengok dulu apa yang anda boleh enjoy ketika menaiki Symphony Of The Seas ini.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Kapal ini 5 kali ganda lagi besar dari kapal Titanic dan boleh memuatkan 9,000 orang. Ia mengambil masa 3 tahun untuk dibina oleh 4,700 pakar bina kapal dan krew.

Ada 18 dek untuk anda terokai, dan 2,759 bilik untuk pengunjung, termasuklah 15 suite, 9 bilik berpangkin dan 3 bilik yang mengadap laut.

Salah satu bilik yang dinamakan “Ultimate Family Suite,” mempunyai papan gelongsor, meja ping-pong, kolam renang pusaran dan dinding diperbuat daripada Lego di dalamnya.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Kalau anda ingin bersukan, ada gelanggang bola keranjang, spa dan gym yang dikatakan paling besar di atas laut.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Kalau nak sukan yang lagi extreme, cubalah FlowRider, sebuah teknologi surf simulator. Ada lagi aktiviti air yang disediakan seperti slide dan taman air.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Kalau itu masih tak cukup extreme untuk anda, jom try aktiviti zip-line. Atas kapal pun ada! Tali zip-line ini diikat setinggi 9 tingkat dari ground level kapal ini.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Aktiviti untuk kanak-kanak pun ada! Mereka boleh habiskan masa mereka di Play, sebuah taman rekreasi, serta menjalankan eksperimen menarik di Adventure Science Lab.

Selain itu, ada juga permainan laser tag, gelanggang ice skating dan juga rock-climbing. Kalau mereka berani, mereka boleh mencuba nasib di acara pertunjukkan bakat di Adventure Ocean Theater.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Kapal ini menawarkan 7 kawasan kejiranan berbeza yang para pengunjung boleh terokai. Kawasan Boardwalk mempamerkan hiasan dan dekor dari zaman 80an. Salah satu benda menarik di situ ialah sebiji karusel yang diukir dengan tangan.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Di Royal Promenade pula ada restoran-restoran yang menawarkan pelbagai jenis hidangan. Secara keseluruhan, kapal ini memiliki 40 restoran dan bar.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Dan jenis bar yang ada di atas kapal ini bukan yang sebarangan tau. Bukannya pelayan manusia yang akan menghidangkan air minuman anda tapi robot. Mereka dicipta khas oleh universiti teknologi terkemuka di Amerika Syarikat, iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT). Anda cuma perlu membuat tempahan melalui sebuah tablet di bar tersebut.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Dengan reka bentuk dalam yang modern dan anggun seperti ini, tak hairanlah kalau pengunjung boleh lupa yang mereka sebenarnya berada di atas kapal.

Foto: Jon Nazca/Reuters

Pada waktu malam pun, kapal tersebut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung, seperti pementasan muzikal Hairspray dan persembahan akrobatik oleh HiRo.

Banyak betul aktiviti yang boleh anda enjoy ketika berada di atas Symphony Of The Sea ini! Gerenti tak membosankan. Dan sesiapa yang mabuk laut tu mungkin takkan terasa.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Featured Fri, 13 Dec 2024

Selesai Jalani Tempoh Idah, Fazura Anggap Pengakhiran & Permulaan Untuk Segalanya 

Fazura memuat naik foto miliknya dengan memakai pakaian berona putih beserta kapsyen.

Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin

Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

Featured Thu, 29 Nov 2018

Lambat Datang Haid? Ini Sebab Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Salah satu sebabnya adalah kerana terlalu aktif bersenam.

Featured Thu, 7 Aug 2025

Abby Abadi Mohon Dikuatkan Iman Berdepan Ujian Hidup, Minta Anak-Anak Jaga Diri – “Cinta & Kasih Mama Tak Terbanding”

Abby Abadi menitipkan pesan buat anak-anaknya sekaligus memohon agar sentiasa dikuatkan iman berdepan ujian hidup.

Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

error: Content is protected !!