Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 2, 2019 @ 10:00am

Ingat lagi wanita yang melahirkan kembar 8 pada 2009? Anak-anaknya sudah besar!

Lebih sedekad lalu, Nadya Suleman dari Amerika telah menggemparkan dunia kerana mengandungkan anak kembar lapan orang.

Ketika itu, berita berkenaan mengundang kemarahan kerana dia menggunakan prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat yang sebegitu ramai padahal dia ialah seorang ibu tunggal dengan enam lagi anak.

Dia cuma inginkan keluarga yang besar tetapi kisahnya telah tersebar ke seluruh dunia. Sejak itu, hidup dan tindakannya telah menjadi perhatian dan perbualan ramai yang mengatakan Nadya tidak bertanggungjawab.

Foto: Noteably

Nadya, yang diberi gelaran “Octomom” oleh pihak media Amerika, mengaku yang ketika itu, dia telah terbawa-bawa oleh popularitinya.

“Saya telah berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri saya yang sebenar. Saya terpaksa berbuat demikian kerana terdesak, hanya supaya saya boleh menampung keluarga saya.

“Diri saya yang sebenar telah tersorok daripada seluruh dunia, tetapi sebaik sahaja saya melarikan diri, barulah saya boleh kembali menjadi Nadya Suleman yang tulen,” katanya kepada New York Times.

Kasihan sungguh. Sejak beberapa tahun lalu, jarang sekali mendengar berita mengenai keluarga istimewa ini. Apakah perkembangan mereka?

Berdasarkan video di bawah ini, Nadya dan keluarganya nampaknya telah mencapai kesejahteraan. Baguslah!

Baru-baru ini, anak-anak kembar Nadya menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang ke-10! Wah, tidak sangka masa berlalu begitu pantas.

“Ya, kami memang mengalami kesukaran dari segi kewangan, tetapi saya tidak boleh bayangkan bagaimana hidup saya tanpa anak-anak saya ini,” kata Nadya.

Saksikan sedutan daripada hidup Nadya dan kembar lapannya, Noah, Maliyah, Isaiah, Nariyah, Jonah, Makai, Josiah dan Jeremiah.

Mereka tinggal di sebuah rumah kecil di luar Los Angeles. Ruangnya memang terhad; ada antara mereka terpaksa tidur di sofa.

Setiap seorang kembar mempunyai tugas masing-masing di rumah mereka, seperti memasak, mencuci pinggan, mengemas meja makan, mencuci pakaian dan memvakum lantai.

Mereka nampak sihat dan gembira. Jelas sekali, Nadya berjaya membuktikan kepada semua pengkritik yang dia boleh membesarkan anak-anaknya dengan baik.

Sumber: Inside Edition, E! Online, NYT

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Jul 2018

10 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Sedu

Stres kalau sedu tak hilang-hilang, kan?

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Penat Nak Berpura-Pura” – Amelia Henderson Beri Bayangan Hubungan Dengan Aedy Ashraf Berakhir, Netizen Mohon Lebih Profesional!

Ciapan yang dibuat oleh pelakon Aedy Ashraf di laman Twitter miliknya baru-baru ini mencetuskan tanda tanya terutamanya mengenai status hubungannya bersama aktres Amelia Henderson. Kali ini peminatnya pula berasa kecewa dengan dakwaan tersebut kerana menganggap […]

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah […]

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Tue, 14 Apr 2020
Featured Fri, 1 Apr 2022
Featured Thu, 23 Jun 2022

[VIDEO] Siap Bayar RM100,000 Secara Tunai! Kak KM Hadiahkan Ibu Kereta – “Sayang Memang Dah Niat Mak”

Fuh, bertuah betul Normah anak belikan kereta cash! Takyah pening nak bayar bulan-bulan 😂Min tabikk dengan sikap Kak KM yang sentiasa bahagiakan ibu 🥰 Rezeki takkan pernah berkurang malah bertambah bila kita tak kedekut dengan ibu bapa ❤️

Featured Thu, 30 Nov 2023
error: Content is protected !!