Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 1, 2022 @ 3:30pm

Turut Berduka, Alif Satar Dedah Pesanan Arwah Rudy Imran – “Contohi Siti Nurhaliza Dalam..”

Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar menyifatkan bekas wartawan hiburan dan penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin sebagai seorang rakan media yang sangat penyayang dan banyak memberi tunjuk ajar.

Artis serba boleh itu turut berkongsi pesanan dan nasihat diterimanya daripada Rudy semenjak mula bertapak dalam industri seni dan Alif mengakui ia masih mekar di ingatan.

“Saya sedih… Dalam perjalanan ke sidang media ini, saya sebak ketika menulis kapsyen di Instagram Story (IGs) mengenai pemergian Abang Rudy.

“Mungkin momen saya dan Abang Rudy tidak banyak, tetapi kuat. Saya masih ingat lagi, pada 2006 ketika saya sertai One In A Million, ketika itu, saya berusia 16 tahun.

“Saya mungkin bukan peserta paling berbakat, tetapi saya ingat, arwah nasihatkan saya menyusun jawapan sebaik-baiknya sebelum disoal media. Dia memberikan idola saya,
Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai contoh.

“Arwah cakap apabila Siti jawab soalan media, dia akan bayangkan bagaimana laporan bakal dibuat. Nasihat itu yang saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Alif turut memberitahu pesanan Rudy sememangnya menjadi azimat untuk pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu terus mengorak langkah dalam kariernya.

“Nasihat arwah memberi impak kepada cara pemikiran saya. Setiap kali saya bercakap dengan rakan media, nasihat dan suaranya ada di belakang otak saya.

“Saya akan terus ingat apa yang arwah Abang Rudy cakap,” katanya.

Bukan itu sahaja, Alif turut mendedahkan bahawa Rudy sering memberi sokongan tanpa mengira bidang yang diceburinya sama ada lakonan, nyanyian mahupun mengacara.

“Arwah selalu datang persembahan dan acara saya. Apabila arwah datang, saya berbesar hati kerana dia wartawan yang dihormati.

“Arwah juga menonton drama lakonan saya dan memberi komen yang baik kerana dia pelakon,” katanya.

Alif sempat menitipkan pesanan kepada wartawan hiburan lain untuk menjadikan lagenda Rudy sebagai contoh terbaik serta turut mengakui pemergian Rudy sememangnya satu kehilangan besar kepadai industri seni.

“Saya harap akan ada generasi wartawan hiburan yang merasakan suatu tanggungjawab untuk mempengaruhi artis melalui pena seperti arwah,” katanya pada sidang media Alif Satar & The Locos X Raihan, The Sunnah The Better di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Rudy meninggal dunia pada jam 11.30 pagi semalam di kediaman keluarga di Semenyih, Selangor akibat kanser usus.

Artikel Berkaitan: Penulis Lirik Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah, Iman Imran Meninggal Dunia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Jan 2025

“Untuk Kembali Bersahabat Dengan Watie Tidak Mungkin Sama Sekali” – Hana Adnan

Kejadian tersebut nyat amemebri kesan terhadap dirinya.

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Hiburan Sat, 11 May 2019
Events Mon, 25 Nov 2019

Peminat Marah Mira Filzah?

Serius lah peminat marah artis?

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Dah Tonton Filem Petta Lakonan Rajinikanth?

Siapa peminat Rajinikanth? Jom serbu pawagam sekarang!

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Giliran Anak Ketiga Kris Dayanti Pula Jadi Penyanyi…

Soundtrack berjudul ‘Sahabat Tersayang’ ini bakal membuatkan pendengar jatuh cinta dengan suara puteri kesayangan diva nombor satu Indonesia ini.

error: Content is protected !!