Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 31, 2022 @ 1:54pm

Penulis Lirik Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah, Iman Imran Meninggal Dunia

Penulis lirik dan bekas wartawan hiburan, Rudy Imran Shamsudin dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Semenyih pada Rabu.

Memetik laporan Mstar, Allahyarham yang sering menggunakan nama pena , Iman Imran dalam penulisan liriknya menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun.

Difahamkan, pemergian arwah juga adalah disebabkan kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Untuk makluman, lirik lagu yang pernah ditulis oleh Rudy adalah Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang turut memenangi Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31).

Memulakan kerjayanya sebagai wartawan hiburan pada tahun 1995 sebaik sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM), Rudy juga  menimba pengalaman di beberapa buah majalah hiburan seperti VariaPop, Akhbar Watan, Media Hiburan, Majalah Hai dan kemudian menyertai Harian Metro.

Selain itu, ketika masih bekerja dalam industri sebagai wartawan hiburan, beliau melanjutkan pelajaran secara sambilan di Uitm dalam bidang komunikasi sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda adn seterusnya menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Dan pada ketika ini,  arwah sebenarnya sedang menyiapkan tesis bagi melengkapkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah. (PhD).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Dec 2025

Muncul Dalam Promo Teaser Drama, Aprena Manrose Kembali Free Hair?

Pelakon Aprena Manrose menyorot perhatian ramai selepas dilihat kembali ‘free hair’???

Hiburan Wed, 27 May 2026

Kuala Lumpur Sasar Jadi Destinasi Konsert Utama Asia Menerusi KL Headline Season 2026

Kuala Lumpur kini semakin mencuri perhatian sebagai antara destinasi utama dalam rangkaian jelajah muzik langsung Asia apabila semakin banyak artis antarabangsa memilih ibu kota Malaysia sebagai lokasi konsert berskala besar mereka.

Featured Sun, 23 Oct 2022
Selebriti Fri, 3 Nov 2023

“Arwah Suami Sangat Bertuah Kerana Masih Dapat Doa Ibu Setiap Hari” – Farah Ahmad

Doa saya setiap hari adalah untuk kekalkan kerinduan supaya saya sentiasa berdoa untuknya – Farah Ahmad

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Nadia Brian Maaf pada siapa tu?

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Yusuf Kassim Rakam Semula Lagu Permata Yang Dicari

Permata Yang Dicari 2.0 merupakan karya yang diberi nafas baharu selepas dinyanyikan kumpulan Dehearty pada 2005.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
error: Content is protected !!